PENYANYI Yuna menunaikan janji buat peminatnya apabila bakal tampil dengan persembahan istimewa menerusi Yuna Asia Tour Concert.
Menariknya siri konsert yang bermula pada 27 Oktober depan itu menjadikan Hikmah Exchange, Kuching, Sarawak sebagai lokasi pilihan di Malaysia.
Tidak memilih ibu kota besar Kuala Lumpur sebagai lokasi pilihan utama sebagaimana menjadi kebiasaan kebanyakan penyanyi popular lain, RK LiveAsia dan Icon Entertainment selaku penganjur yakin Yuna Asia Tour yang akan dilangsungkan di Borneo, terutama Kuching, Sarawak akan sukses.
Iman Tang dan Rahul mewakili penganjur berkata, dengan imej dan ‘kuasa’ Yuna atau namanya lengkapnya, Yunalis Zarai, 36. di mana pun lokasi persembahannya ia pasti akan mendapat sambutan luar biasa.
“Ini Yuna, seperti istimewanya wanita yang berhati besar membawa jauh karya-karyanya mengembara ke pelbagai pelusuk dunia, kami di RK LiveAsia dan Icon Entertainment percaya Kuching akan menyaksikan sebuah persembahan spektakular daripada beliau,” ujarnya.
Selain Kuching, siri konsert penyanyi yang pernah berkolaborasi dengan figura terkenal seperti Usher dan Jay Park itu juga akan berlangsung di Tokyo, Jepun pada 16 Oktober dan Singapura (18 Oktober).
Penganjuran konsert jelajah tersebuta dalah bersempena rilisnya album kelima Yuna iaiyu Y5. Pada persembahan tersebut, bintang yang kini sedang hangat mencipta nama di Amerika Syarikat itu bakal mendendangkan rangkaian lagu hitnya sama ada dalam bahasa Inggeris atau Melayu. Antaranya termasuk single terkini, Masih Sunyi, selain Hello, Lullabies serta Dan Sebenarnya.
Jualan tiket sudah bermula sejak 2 Oktober lalu dan pembelian boleh dibuat menerusi pautan https://www.ticket2u.com.my/event/32887. - 7KLIK
0 Comments