Hot Posts

6/recent/ticker-posts

GV10: Giliran Ayai ucap selamat tinggal




PENYANYI Ayai Ilusi diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada konsert minggu kelima All Star Gegar Vaganza (GV10) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Pada minggu yang mengangkat tema 'Misteri', Ayai atau nama sebenarnya Zaharuddin Kamaruddin, 61, menyampaikan lagu Pusara Di Lebuhraya dan hanya meraih markah sebanyak 53 peratus (%) sekali gus berada di tangga terbawah.

Sementara itu, Liza Hanim menggungguli tempat teratas setelah tiga kali berada di tempat kedua dan sekali di tempat keempat apda konsert terdahulu. Penyanyi yang tampil dengan persembahan konsisten setiap minggu itu memperoleh 70.50% menerusi lagu Kembali Terang, nyanyian asal Marsha Milan.

Kesemua peserta diadili menerusi format penjurian seratus peratus oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.

GV10 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104), setiap Ahad, jam 9 malam. - 7KLIK


Kedudukan dan markah peserta pada minggu kelima

1. Liza Hanim - Kembali Terang (70.50%)
2. Naqiu - Hakikat Sebuah Cinta (69.25%)
3. Jaclyn Victor - Perpisahan (69%)
4. Nikki Palikat - Depresi (67.75%)
5. Aliff Aziz - Penghujung Rindu (66.75%)
6. Siti Nordiana - Ngajat Tampi (66.25%)
7. Tomok - Biarlah Rahsia (65.50%)
8. Ezad Lazim - Pada Syurga Di Wajahmu (64%)
9. Hady Mirza - Biru Mata Hitamku (62.75%)
10. Azharina - Ku Intai Cinta Dalam Rahsia (62.50%)
11.Noryn Aziz - Asmara (60.75%)
12. Zamani - Mahakarya Cinta (53.75%)
13. Ayai Ilusi - Pusara Di Lebuhraya (53%) - TERSINGKIR

Post a Comment

0 Comments