Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bila Tok Jalal, Tom Ram, Roy dan Jatt buat kecoh di Australia

 
BAPAK-BAPAK kesayangan Malaysia kembali! Gandingan antara Datuk Jalaludin Hassan, Datuk Ramli MS (Tok Ram), Roy Azman dan Jatt Ali yang telah mencuitkan hati para penonton Ramadan lalu kini kembali dengan musim kedua Travel Lawak- Projek Bapak-Bapak di Astro.

Setelah negara matahari terbit ditakluk dengan pelbagai karenah, kini keempat-empat mereka terbang ke Australia untuk menyambung misi ‘bapak-bapak’.

Musim kedua menyaksikan Tok Jalal, Tok Ram, Roy dan Jatt menjelajah Sydney dan Melbourne dengan pelbagai ragam dan gelagat mereka.

Pengembaraan sepanjang sepuluh episod termasuk sebuah episod khas reunion membabitkan pelbagai aktiviti pengembaraan serta aktiviti lasak yang mencabar kemampuan serta kesabaran mereka yang pastinya memberikan reaksi yang bakal membuat ramai ketawa tidak henti.

Antaranya bermain boomerang ketika World Championship Boomerang, menawan puncak Sydney Harbour Bridge, bermain ski di Mount Buller, berkayak di Sydney Harbour, surfing di pantai tersohor Bondi Beach, berenang dengan jerung dan macam-macam lagi.

Cabaran-cabaran yang diberikan bukan sahaja menguji kemampuan individu tetapi team spirit dalam kalangan bapak-bapak kegemaran Malaysia.


Norzeha (tengah) bersama Ramli, Jalaludin, Jatt dan Roy pada majlis sidang media Travel Lawak- Projek Bapak-Bapak - FOTO: Astro


Menurut Ketua Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh, kejayaan musim pertama memberikan dorongan tinggi untuk membawa 'bapak-bapak kegemaran Malaysia' itu kembali untuk musim kedua.

"Setiap daripada mereka membawa aura tersendiri ke rancangan ini dan kejayaan chemistry antara mereka memang tidak dapat dinafikan lagi.

"Chemistry ini kini kembali dan ramai sudah pastinya tidak sabar untuk menonton bapak-bapak mengembara bersama sambil melakukan cabaran-cabaran yang bakal menguji kemampuan mereka.

"Well, age is just a number, seperti mana bapak-bapak kami telah membuktikannya,” ujarnya.

Travel Lawak- Projek Bapak-Bapak musim kedua yang turut mendapat kerjasama daripada Tourism Australia itu akan mula bersiaran pada 2 November depan, di Astro Warna (Saluran 107), setiap Khamis, jam 9 malam. - 7KLIK


[KREDIT: Astro]








Post a Comment

0 Comments