Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[Al-Fatihah] Bad Indigo meninggal dunia



PENYANYI yang juga anggota kumpulan Indigo, Bad, meninggal dunia di Ampang, pada Khamis, sekitar jam 7 malam.

Allahyarham Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, menghembuskan nafas terakhir setelah rebah tiba-tiba ketika berada di tempat kerjanya. Punca kematiannya belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun keadaan kesihatan Bad sebelum ini tidak begitu baik dan pernah menjalani pembedahan secara berperingkat memotong jari kakinya akibat penyakit diabetis.

Difahamkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara pada selepas solat Jumaat (esok).

Selain Allahyarham, Indigo juga dianggotai oleh Shah dan Zam yang sama-sama mencipta nama sekitar tahun 1996 sera popualr menerusi lagu masih Seperti Dulu.

Terdahulu, Bad yang juga merupakan bekas suami kepada penyanyi Ashira pernah menyertai Gegar Vaganza musim ketujuh sebelum bertemu jodoh pada 11 Mac 2021. Bagaimanapun perkahwinan tersebut berakhir pada Jun 2022.

Allahyarham Bad meninggalkan dua cahaya mata, Rayyan 14, dan Rania, 12, hasil daripada perkahwinan pertamanya. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments