Oleh: AILEEN ADAM
STATUS pembaharuan kontrak kumpulan Blackpink bersama agensi naungannya, YG Entertainment masih terus menjadi teka-teki apabila sehingga hari ini, masih belum ada pengumuman rasmi mengenainya.
Sejak kontrak kumpulan yang dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Rose dan Lisa itu tamat pada Ogos lalu, pelbagai spekulasi telah tercetus termasuk khabar angin Blackpink bakal berpecah setelah tujuh tahun mencipta sensasi dalam industri hiburan KPOP dan global.
Isu tersebut terus hangat diperkatakan ramai apabila salah seorang anggotanya, Lisa, 26, dikatakan masih belum mencapai kata putus bersama agensi tersebut berkenaan kontrak baharu yang ditawarkan.
Dalam masa sama, ada juga dakwaan mengatakan bintang asal Thailand itu sebenarnya telah menolak dua tawaran daripada YG Entertainment melibatkan kontrak yang dilaporkan bernilai USD40juta (RM176.5 juta).
Begitu pun agensi terbabit dalam satu kenyataan berkata, perbincangan antara kedua-dua pihak masih berjalan.
"Kami masih berbincang tentang memperbaharui kontrak dengan Lisa. Khabar angin yang diperkatakan sekarang tiada yang dapat disahkan," kata kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, Lisa dikatakan menerima pelbagai tawaran lebih menarik malah nilainya mencecah sehingga puluhan juta dolar daripada agensi antabangsa, selain dari negara asalnya, Thailand.
Populariti dan reputasi dimiliki Lisa ternyata menjadi buruan banyak pihak yang ingin menjalinkan kerjasama dengannya.
Apa yang pasti pelantun lagu Money itu akan memilih yang terbaik, sesuai dengan misi dan impiannya untuk mengembangkan kerjaya seni ke tahap yang lebih baik selepas ini.
Dalam perkembangan lain, ketibaan Lisa di lapangan terbang Incheon, Korea Selatan pada Khamis hampir mencetuskan kekecohan apabila diserbu segerombolan peminat yang menunggu selepas mendapat tahu kepulangan bintang tersebut yang baru sahaja menghabiskan cuti bersama keluarganya di Thailand.
Menerusi video pendek yang tular di media sosial, peminat kelihatan agak agresif untuk mendekati Lisa sehingga hampir hilang kawalan. Bagaimanapun tindakan tegas dan pantas pengurus serta pengawal keselamatan yang mengiringi penyanyi itu berjaya mengelakkan situasi lebih buruk berlaku.
Lisa bersama Blackpink akan tampil pada konsert finale Born Pink World Tour di Gocheok Sky Dome, Seoul, Korea Selatan pada Sabtu dan Ahad ini, sebelum terbang ke Paris untuk persembahan solonya di kelab malam terkenal, Crazy Horse, pada 28, 29 dan 30 September ini. - 7KLIK

ARTIKEL LAIN:
0 Comments