Hot Posts

6/recent/ticker-posts

VANESSA REYNAULD CURI PERHATIAN PROGRAM ‘SING! CHINA 2023




PENYANYI yang juga pemenang anugerah Artis Baharu Terbaik di Anugerah Industri Muzik 23 (AIM23), Vanessa Reynauld melebarkan langkah dengan menyertai program Sing! China 2023 (The Voice of China) di Zhejiang TV, Shanghai, China.


Bakat nyanyian Vanessa yang hebat dan personalitinya yang unik telah menjadi topik perbualan dan perbincangan dalam komuniti siber (sosial media) di China.

Buat julung kalinya pada episod kedua minggu ini, Vanessa Reynauld yang fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Cina membuat persembahan sulungnya dalam program ‘Sing! China 2023’ dengan lagu pilihan Riding The Wind daripada penyanyi dan pengubah lagu, David Huang.

Persembahan nyanyian mantap dan penampilannya yang matang telah menarik perhatian semua penonton di studio.

Selain itu, Vanessa telah mendapat pujian daripada keempat-empat mentor yang berhasrat untuk rekrut sebagai salah seorang ahli pasukannya mereka. Barisan mentor terbabit menjelaskan mengapa Vanessa harus berada dalam pasukan mereka dan akhirnya berlaku perebutan dan perdebatan mencuit hati netizen.

Musim kali ini, program Sing! China 2023 menggunakan format pertandingan yang baru yang terbahagi kepada dua fasa yang inovatif iaitu Pilihan Buta dan Pilihan Terbuka. Tradisi program yang dikekalkan sejak 11 tahun lepas iaitu dengan membuat pemilihan secara Pilihan Buta dan format terbaru kali ini, para mentor akan berhadapan dengan peserta.

Jika seorang mentor memutuskan untuk tidak memilih peserta tersebut, akan memilih untuk tekan butang dan berpaling menghadap belakang, kaedah ini memberikan elemen persaingan yang lebih menarik dan positif.

Selain itu, program ini juga telah menjemput para mentor yang mempunyai latar belakang hebat pada musim kali ini seperti Emil Chau, Joker Xue, Will Pan, dan Henry Lau (salah seorang ahli kumpulan lelaki popolar di Korea iaitu Super Junior), telah membawa elemen unik dan kepelbagaian gaya pada rancangan ini.

Ketika menyanyikan lagu Riding the Wind, Vanessa telah menyanyikannya dengan gaya tersendiri selain daripada merombak lagu daripada lagu asal, Vanessa juga mampu mengawal rasa gemuruh dan lebih menekankan pada interpretasi nyanyian yang halus, tetapimasih kekal padu, telah mendapat pujian daripada keempat-empat mentor.

Emil Chau, sangat teruja pada episod kali ini berbanding episod lepas kerana kehadiran Vanessa dalam program tersebut dan Emil Chau juga berusaha untuk memenangi hatinya untuk menyertai pasukannya. Emil membuat tawaran perjanjian untuk mengunjungi keluarga Vanessa di Malaysia pada September depan ketika dia mengadakan konsert di Kuala Lumpur dan berharap untuk bertemu dengan mereka jika Vanessa menyertai pasukannya.

Selain itu, Henry Lau, sangat teruja dan memberikan tumpuan apabila menyedari bahawa Vanessa menyanyikan lirik Riding the Wind dengan kelainan serta emosi berat. Dia diminta untuk menunjukkan tiga cara berbeza menyampaikan lirik tersebut secara spontan.

Henry juga berbesar hati untuk merekrut Vanessa dalam pasukannya dan dia akan memberikan sokongan penuh untuk membantu Vanessa mencari kepakaran dalam muzik.

Tonton sekarang Sing! China 2023, eksklusif di Astro Go dan Astro Quan Jia (Saluran 308) untuk mengetahui pasukan mentor yang mana Vanessa pilih pada musim ini.

Selain itu, Vanessa berharap agar diberi peluang untuk membuat lebih banyak persembahan di pentas Sing! China 2023 dengan gaya berbeza dan serba boleh pada masa akan datang. Anak kelahiran Klang, Selangor itu juga berjanji untuk memberikan tumpuan dan usaha yang maksimum dalam setiap persembahannya.

Selain daripada persiapan yang dilakukan untuk menghadapi cabaran di pentas yang akan datang, Vanessa juga akan bakal melancarkan single terbarunya Igau pada 25 Ogos ini di semua saluran digital strim muzik.

Terdahulu Vanessa pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan nyanyian China Overseas Chinese Youth Chinese Singing Competition di Beijing, China pada tahun 2016 dan telah memenangi pingat perak.

Selepas itu, Vanessa mengambil bahagian dalam pelbagai program nyanyian termasuk I Want to Sing with You 3 dan More Courageous as We Fight, sehingga menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman Sony Music Malaysia pada tahun 2020 untuk menjadi penyanyi yang menerbitkan album rasmi.

Pada tahun 2022, Vanessa menjadi individu di muka depan untuk Spotify EQUAL dan muncul di Times Square, New York, AS, membawanya ke dalam pandangan umum yang lebih luas.

Pada tahun yang sama, penyanyi berusia 23 tahun itu turut berjaya memenangi anugerah Artis Baharu Terbaik di AIM 23 dan pencapaian dua kali Anugerah Platinum daripada hasil jualan strim digital untuk lagu Rindu Separuh Nyawa yang menggunakan lagu itu sebagai runut bunyi, berjaya mengungguli carta drama 2021.










Post a Comment

0 Comments