Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Nama trending lagi, pesona Jennie bikin peminat tidak keruan



Oleh: AILEEN ADAM

JENNIE Blackpink sentiasa tampil dengan pesona yang tersendiri setiap kali beraksi di pentas persembahan.

Terbaru pemilik nama lengkap Jennie Kim itu sekali lagi mencuri perhatian ramai menerusi persembahan hangat yang diberikan ketika menjayakan konsert jelajah Born Pink World Tour di Stadium Stadium Dodger, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Sabtu.

Bukan sahaja pada segmen solo, menerusi single hitnya, Solo yang diremixkan, tetapi bintang 27 tahun itu tampil dengan aksi memukau ketika bersama anggota Blackpink iaitu Jisoo, Rose dan Lisa sehingga mengundang jeritan tanpa henti daripada penonton.

Tidak hanya itu, nama Jennie juga trending di laman Twitter apabila ramai peminat secara berterusan membicarakan tentang penampilan dan persembahannya yang dianggap cukup ikonik.

Jennie dilihat memberikan energi 200 peratus sepanjang berada di pentas terutamanya ketika membuat persembahan untuk Tally, Tyap Girl, Kick It dan Pretty Savage yang mengundang histeria penonton.

"Are you ready for tonight...? Ungkapan keramat Jennie yang sering ditunggukan. Dia membawa pesona dan mencipta pengaruh yang sangat luar biasa sebagai bintang Kpop dan global.

Aksinya itu sekali gus menutup mulut segelintir netizen yang sebelum ini sering menuduhnya sebagai seorang 'malas' ketika membuat persembahan di pentas.

Selain lincah dengan koreografi yang ditetapkan untuk lagu-lagu tersebut, gadis berzodiak Capricorn itu juga sering menonjol dengan trademarknya yang gemar bermain ekpresi wajah 'seksi' yang penuh aura setiap kali menyampaikan cerita daripada lagu-lagu yang dipersembahkan.

Tidak hanya peminat (Blink), tetapi konsert tersebut juga turut dihadiri barisan selebriti popular termasuk Charlize Theron yang turut sama hadir memberikan sokongan.

Antara lagu popular Blackpink  yang turut dipersembahkan ialah Pink Venom, Shutdown, Stay, Lovesick Girl, Boombayah, Ddu-Du Ddu-Du, Kill This Love, How You Like That, As if It's Your Last, Playing With Fire, Whistle dan banyak lagi.

Rata-rata penonton teruja berkongsi pengalaman mereka menjadi sebahagian saksi konsert jelajah terakhir di Amerika Syarikat yang dianggap sebegai penutup yang sempurna, sebelum Blackpink menutup tirai Born Pink World Tour menerusi konsert finale di Seoul, Korea Selatan pada 16 dan 17 September ini.  - 7KLIK







TONTON VIDEO PILIHAN

Post a Comment

0 Comments