Hot Posts

6/recent/ticker-posts

10 FINALIS BMW SHORTIES 2023


BMW
Shorties, pertandingan filem pendek yang paling berprestij dan dengan sejarah penganjuran yang paling lama di Malaysia, menerusi kerjasama dengan Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest), hari ini telah mengumumkan 10 finalis bagi edisi tahun 2023.


Kini menginjak tahun yang ke-17, BMW Shorties telah membariskan para individu yang berpengalaman dan ternama dalam industri perfileman sebagai panelnya, bagi menyenarai pendek para finalis yang akan bersaing untuk merebut Hadiah Utama berupa geran produksi bernilai RM80,000.

Ketua Komunikasi Korporat dan Kelestarian di BMW Group Malaysia, Sashi Ambi, berkata:

“BMW Shorties berusaha untuk memperkasa para pembikin filem yang beraspirasi untuk memacu daya inovasi serta mencabar batasan. Dengan 133 penyertaan untuk tahun 2023, iaitu angka yang tertinggi setakat ini, kami teruja untuk menyaksikan evolusi arena seni tanah air bersama para peserta tahun ini – yang sejajar dengan tema edisi kali ini, EVOLVE.

"Menerusi naratif-naratif mereka yang memukau, para finalis ini telah mempamerkan keupayaan mereka dalam menghadapi perubahan, memecah acuan, dan memberi inspirasi untuk kita mencorak sebuah alaf kesenian yang lebih menarik.

"Saya benar-benar teruja untuk menyaksikan karya-karya filem yang hebat ini ditayangkan serta juara yang ke-16 bakal dinobatkan di Festival Filem Antarabangsa Malaysia pada bulan hadapan,” ujarnya.


Pengasas merangkap Presiden MIFFest, Joanne Goh, menzahirkan kegembiraan dan keterujaan beliau atas pengumuman finalis tersebut.

“Para finalis ini telah merangkap evolusi seni penceritaan dengan begitu baik, yang mencabar naratif konvensional. Kami amat berbesar hati kerana berpeluang untuk mempamerkan karya mereka menerusi platform MIFFest yang bertaraf antarabangsa, di samping membolehkan para karyawan beraspirasi ini mendapat pendedahan dan juga pengiktirafan yang mereka berhak miliki," katanya.

Pemenang Hadiah Utama BMW Shorties ke-16 akan dianugerahkan RM80,000 dalam bentuk geran produksi, dan pelbagai faset pembikinan filem juga akan diiktiraf melalui kategori penganugerahan seperti Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Cerita Terbaik, Sinematografi Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Suntingan Terbaik, Rekaan Bunyi Terbaik, Pilihan Pujian Juri, Anugerah Pilihan Popular, serta Anugerah Filem Pendek Pelajar Terbaik.

Filem pendek nukilan 10 finalis BMW Shorties 2023 kini sedia untuk tontonan umum di laman sesawang BMW Shorties, dimana pengundian umum untuk filem pendek kegemaran juga akan diadakan tidak lama lagi. Ikuti laman sosial rasmi BMW Shorties untuk maklumat lanjut mengenai tarikh permulaan pengundian umum ini.

Tahun ini, BMW Shorties Awards Night akan berlangsung di Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest), sejajar dengan komitmen yang mereka kongsi bersama untuk meraikan karya perfileman tanah air di samping karya-karya antarabangsa.

Di samping itu, MIFFest juga telah mengumumkan acara festivalnya yang akan datang, mengambil tempat dari 23 hingga 28 Julai 2023, dengan susunan aneka program sepanjang minggu tersebut, ia termasuk tayangan filem, kelas pakar dan peluang untuk berkenalan.


Para Finalis BMW Shorties 2023 (bukan dalam turutan tertentu) 

阿嬤 Ah Ma oleh Chew Boon Wai
Aku, Ayah dan Musik oleh Mohd Hanif Fikri bin Jaafri
All Who Leave Go There oleh Ikram Haizammuri
INMATES oleh Palani Veloo A/L Subramaniam
Selalu Ada oleh Faizal Noar
Selamat Malam, Dunia! oleh Putra Adib
Taugeh oleh U Wang
The Known Stranger oleh Bryan Sim
The Missing Trophy oleh Wong Ga Dong
ç”·å­© (Boys) oleh Fabian Loo


Calon-Calon Anugerah Sokongan BMW Shorties 2023 (bukan dalam turutan tertentu)

Pengarah Terbaik

  • INMATES oleh Palani Veloo A/L Subramaniam
  • All Who Leave Go There oleh Ikram Haizammuri
  • Selamat Malam, Dunia! oleh Putra Adib
  • Syarikat Chong oleh Samuel Chuah Shang-Wen
  • The Missing Trophy oleh Wong Ga Dong
  • 阿嬤 Ah Ma oleh Chew Boon Wai


Sinematografi Terbaik

  • 阿嬤 Ah Ma oleh Keifer Yu
  • The Missing Trophy oleh Azla Kamaruddin
  • INMATES oleh Kyle Soong
  • Taugeh oleh Jasper Huang


Rekaan Produksi Terbaik

  • KUL901Y oleh Ng Yen Han
  • Darah Daging oleh Faiz Husni
  • INMATES oleh Palani Veloo A/L Subramaniam
  • Taugeh oleh Darius See Tho dan Leong Kit Yee
  • 阿嬤 Ah Ma oleh Ravindran Krishnan dan Derek Lim


Rekaan Bunyi Terbaik

  • INMATES oleh Soundniverse Studio
  • 阿嬤 Ah Ma oleh Ernie Goh
  • Ninaivu oleh Duncan Soo
  • Selamat Malam, Dunia! oleh Audio Aficionado
  • Tareem oleh Fakhrul Amin


Suntingan Terbaik

  • Selamat Malam, Dunia! oleh Putri Adib dan Arman Shahmiey
  • All Who Leave Go There oleh Ikram Haizammuri
  • INMATES oleh Palani Veloo A/L Subramaniam
  • Tareem oleh Naqiuddin Ahmad dan Lim Jian Wen
  • Taugeh oleh Joey Len


Cerita Terbaik

  • INMATES oleh Palani Veloo A/L Subramaniam
  • Aku Ayah dan Muzik oleh Mohd Hanif Fikri bin Jaafri dan Jeff Omar
  • 阿嬤 Ah Ma oleh Andy Darrel Gomes dan Chew Boon Wai
  • The Missing Trophy oleh Wong Ga Dong
  • The Known Stranger oleh Bryan Sim


Pelakon Lelaki Terbaik

  • Arjun Thanaraju dalam Bite Me
  • Ravin Rao dalam INMATES 
  • Rajendran Perumal dalam Ninaivu
  • Firdaus Karim dalam Selalu Ada
  • Khal Isyaf dalam The Missing Trophy


Pelakon Wanita Terbaik

  • Pearlly Chua dalam 阿嬤 Ah Ma
  • Tammy Yee dalam KUL901Y
  • Alya Iman dalam Ngompat
  • Puteri Balqis dalam Selamat Malam, Dunia! 
  • Roanne Woo dalam The Known Stranger 


Filem Pendek Pelajar Terbaik

  • 爸爸的新鞋 (Daddy's Untouched Shoes) oleh Samuel Choong Chee Sum
  • A Hornbill Standing At The Nile River oleh Lee Le Yong
  • No Questions oleh Dexter Lee
  • Sesat oleh Nadine Adam
  • Us oleh Cheah Jian Xian


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai acara BMW Shorties, sila layari laman sesawang rasmi BMW Shorties di www.bmwshorties.com.my atau laman Facebook BMW Shorties di www.facebook.com/bmwshorties dan laman Instagramnya di www.instagram.com/bmwshorties.


[KREDIT: BMW Shorties]


Post a Comment

0 Comments