[KREDIT - STADIUM ASTRO: https://www.stadiumastro.com/sukan-badminton/malaysia-masters-pearly-tanm-thinaah-pamer-aksi-penuh-dramatik-mara-ke-final-237081]
BEREGU wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, meneruskan sensasi dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia apabila melangkah ke pentas final susulan kejayaan menumbangkan pilihan kelima dari Korea Selatan, Jeong Na-eun-Kim Hye-jeong di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.
Dengan hanya satu rekod pertemuan di antara kedua-dua beregu ini, kemenangan terdahulu memihak wakil Korea Selatan itu menyaksikan Pearly-Thinaah menampilkan corak permainan yang bertenaga dalam set pertama apabila merakamkan kemenangan 21-19.
Selepas mencipta kejutan dalam aksi suku akhir apabila mengatasi bekas beregu nombor satu dunia dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota, mereka meneruskan rentak cemerlang dalam set kedua, kali ini menyaksikan kedua-dua beregu mengutip mata.
Ketika set kedua seakan memihak Korea, Pearly-Thinaah mempamerkan persembahan yang luar biasa apabila menyelamatkan mata demi mata sebelum menoktahkan kemenangan 23-21.
Mereka bakal berdepan satu lagi beregu dari Korea Selatan, Baek Ha-na-Lee Soo-hee yang mengatasi pilihan ketujuh, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun, 21-19, 21-14.
[KREDIT - STADIUM ASTRO: https://www.stadiumastro.com/sukan-badminton/malaysia-masters-pearly-tanm-thinaah-pamer-aksi-penuh-dramatik-mara-ke-final-237081]
[KREDIT FOTO: Thevibes.com, Orientaldaily, Sinchew.com, Berita Harian]
0 Comments