Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Muzik Muzik 38 lebih dinamik bersama Izzue Islam



PROGRAM hiburan yang memaparkan carta mingguan lagu terbaik di Malaysia terbitan TV3 kini telah memasuki edisinya yang ke-38.

Setia membawakan lagu terbaik ke dalam carta menerusi undian peminat secara mingguan, program Muzik Muzik 38 kini menjanjikan pengisian yang lebih menyeronokkan bersama wajah baharu, Izzue Islam, bermula 2 April, setiap Ahad, jam 12 tengah hari di TV3, dan strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

Selebriti serba boleh Izzue Islam yang pernah mengacarakan program hiburan TV3 seperti Melodi dan I Can See Your Voice 5 kini bakal mengemudikan program Muzik Muzik yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan.

Terbaharu kali ini, edisi Muzik Muzik 38 juga bakal memaparkan segmen khas untuk para peminat industri muzik tempatan melalui segmen Muzik Mania.

Segmen terbaharu Muzik Mania pasti akan menarik perhatian para penggemar konsert tempatan. Dalam segmen ini, Muzik Muzik 38 akan menampilkan jemputan khas daripada pemuzik tanah air untuk berkongsi tentang info terkini dan konsert yang bakal berlangsung di dalam negara.

Lebih istimewa lagi, penonton juga dapat merebut peluang untuk memenangi tiket untuk ke acara-acara muzik yang dianjurkan melalui segmen Muzik Muzik tersebut.

Antara segmen lain yang terus disajikan di program ini adalah sesi temu bual studio bersama artis jemputan secara santai, pencalonan baharu mingguan, dan carta lagu mingguan yang diundi oleh para penggemar muzik.

Studio Muzik Muzik juga dirancakkan dengan persembahan nyanyian lagu siulan ramai yang memasuki carta. Teruskan menonton Muzik Muzik dan mengundi lagu kegemaran anda untuk ditandingkan di acara muzik berprestij tahunan, Anugerah Juara Lagu.

Undi lagu kegemaran anda ke Carta Top 20 juga boleh dibuat setiap Ahad, jam 12 tengah hari hingga Khamis, 12 tengah hari di https://www.xtra.com.my/muzikmuzik/- 7KLIK

[KREDIT: TV3]

Post a Comment

0 Comments