Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh berkata;
“Slot MegaDrama kami sentiasa mempunyai pembaharuan yang dapat memberi para penonton sedikit kelainan. Kali ini kami mempersembahkan naratif yang berat dalam konsep dramedy menerusi Cina Buta."Penggunaan istilah ‘Cina Buta’ mungkin jarang diperdengarkan di kalangan masyarakat, namun ia membawa maksud yang sangat penting dalam kehidupan sesebuah rumah tangga. Ia bermaksud perkahwinan yang dirancang untuk mendapatkan semula bekas isteri setelah terjatuhnya talak tiga."Cina Buta juga turut menyelitkan banyak pengajaran dan fakta buat penonton yang kurang arif tentang istilah ini dimana pihak produksi turut mendapatkan khidmat pegawai-pegawai agama bertauliah dari pejabat agama untuk menasihati garis panduan isi kandungan, penceritaan serta apa yang betul dan salah sepanjang pengambaran dijalankan.
"Drama ini boleh berkongsi serba sedikit mengenai hukum-hukum agama dalam perkahwinan serta pentingnya menjaga adab ketika berkahwin agar tidak menyesal kemudian hari.
"Bukan itu sahaja, ‘Cina Buta’ juga menyelitkan betapa beratnya perkataan cerai dalam hubungan suami isteri. Malangnya, jika disalah gunakan, ada yang akan terkesan dengan tindakan penggunaan perkataan cerai secara bersahaja.
"Kami berasa amat berbangga dengan hasil karya daripada Shahrulezad Mohameddin yang memang berbakat dalam memilih apa yang patut ditonjolkan dalam penceritaan drama ini selain menjadikan ia sebuah drama yang mampu menghiburkan para penonton sambil memberi penjelasan dan pengajaran.
"Gandingan Ungku Ismail Aziz dan Nad Zainal pasti akan mengujakan semua yang belum pernah melihat chemistry mereka serta kehadiran watak persis cinta tiga segi oleh Aliff Aziz yang bakal menambah tegangan dalam hubungan antara kedua watak utama. Kami yakin lakonan trio berbakat ini pasti akan membuatkan para penonton tidak sabar untuk menunggu detik 10.00 malam pada setiap hari Isnin hingga Khamis,” katanya.
Sementara Shahrulezad Mohameddin selaku pengarah pula berkongsi;
“Sejujurnya tajuk ‘Cina Buta’ ini memang didengari seperti drama yang berat namun idea asal saya adalah untuk menghasilkan karya ini dalam situasi yang lebih santai dan selesa supaya para penonton dapat terima dengan baik. Barisan pelakon yang ada memang semuanya pilihan saya sendiri termasuk nama watak mereka dan saya amat berbangga kerana mereka berjaya ‘meringankan’ penceritaan drama ini mengikut apa yang saya inginkan."Bukan itu sahaja, mereka juga pandai menghidupkan watak masing-masing yang memang seiras dengan perwatakan mereka sendiri. Mereka memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk membimbing mereka sepanjang penggambaran dan sentiasa bekerjasama."Ketika penggambaran drama ini, apa yang menjadi cabaran kepada saya adalah penghasilan skrip. Banyak skrip yang perlu diubah pada saat terakhir di set dan saya perlu tulis skrip sendiri sambil mengarah. Namun sebagai seorang pengarah, saya sudah terbiasa dengan segala perubahan yang bakal terjadi sepanjang penggambaran walaupun ia boleh membuat situasi menjadi huru-hara."Saya berharap drama ini mampu meninggalkan kesan yang baik kepada orang ramai bukan sahaja daripada kandungannya tetapi juga daripada kelebihan dan bakat pelakon-pelakonnya yang hebat-hebat belaka,” katanya.
SINOPSIS DRAMA CINA BUTA
0 Comments