SETELAH menggegarkan dunia digital sejak dua tahun lalu, Fred Perry Subculture kini kembali, terus di depan mata peminat pada Ahad, 11 Disember 2022, bertempat di dahulunya sebuah bengkel kejuruteraan kereta api yang terbesar dan terbaik di dunia; Sentul Depot.
Meraikan jiwa jenama ini dalam muzik dan budaya jalanan sejak sekian lamanya, Fred Perry Subculture edisi 2022 menampilkan persembahan muzik secara langsung sepanjang malam oleh barisan bakat paling gempak dalam arena muzik bebas di Malaysia.
Peminat tenggelam dalam keasyikan konsert, menikmati seleksi muzik Fred Perry secara langsung daripada ska, punk dan indie rock hingga ke soul. Keaslian muzik menjadikannya malam kenangan buat semua peminat dengan gelombang kehangatannya yang sungguh luar biasa.
“Tujuan utama di sebalik usaha menganjurkan acara Subculture tahunan ini adalah untuk mempromosikan muzik yang mempunyai identiti yang kuat; tidak terpengaruh dengan populariti dan teguh berdiri sendiri, sama seperti Fred Perry."Kami tidak tunduk pada trend luar, kami tentukannya! Sebab itu kami memilih lokasi yang unik dan kedesaan ini. Inilah cara kami kekal senada dengan muzik kami,” kata Darren Teh, Pengurus Jenama Fred Perry Malaysia.
Beraksi menggegarkan pentas hingga awal pagi adalah legenda ska, Gerhana Skacinta, pejuang rock indie, The Times dan Pesawat, pemuzik hebat indie pop Joanna & Co, kumpulan punk, Trophy Knives, penghibur kegemaran ramai, Hawa dan JEMSON, duta Fred Perry Malaysia yang juga dikatakan jelmaan semula Amy Winehouse, Dani Komari serta kuartet fuzz rock n roll, The Fatalis.
Aktiviti lain termasuklah:
RAW TALES OF SUBCULTURE
Menghayati pameran potret ikon serta inovator tempatan (Malaysia) dan serantau (Singapura dan Indonesia) merangkumi penggiat muzik bebas hingga ke artis dan ramai lagi – semuanya berkongsi semangat subversif yang sama dengan Fred Perry Shirt.
Di saat kehangatan konsert kian memuncak, peminat menghilangkan dahaga dengan minuman kopi paling padu – Kee Nguyen Vietnamese Coffee, yang diasaskan oleh duta Fred Perry, Radius Khor. Mereka yang menginginkan minuman sejuk pula, Tiger Crystal, rakan kongsi bir rasmi Fred Perry Subculture, telah siap tersedia untuk mereka nikmati.
ORANGE: THE VOICE OF SUBCULTURES
Lantunan muzik epik di konsert ini digemakan oleh pemacu muzik, inspirasi muzik Britain dengan Orange Amplifier oleh Music Bliss. Pelbagai amplifier turut dipamerkan untuk peminat muzik yang ingin cuba memainkannya persis pemuzik hebat yang sedang beraksi di pentas.
Fred Perry Subculture adalah siri sambutan muzik dan budaya jalanan tahunan global yang dianjurkan oleh jenama pakaian U.K., Fred Perry. Siri ini bermula pada 2005 di Britain, berteraskan muzik dan gaya jalanan yang telah merupakan nadi jiwa Fred Perry selama berdekad lamanya sejak 1950-an.
Semasa pra-pandemik pada 2019, Subculture telah diadakan di REXKL dengan kehadiran lebih 2000 peminat (Foto dipaparkan di Muzium Reka Bentuk, London semasa acara Fred Perry: A Cultural Icon Exhibition pada Jun 2022). Pada 2020 dan 2021, konsert diadakan secara dalam talian.
Komitmen untuk terus mengangkat muzik yang tulus dan asli akan sentiasa menjadi nadi jenama ini. Subculture akan semakin berkembang dan bertambah hebat setiap tahun. Siri konsert akan datang pastinya akan turut radikal seperti sebelum ini.
Mengenai Fred Perry
Fred Perry merupakan jenama warisan British pertama yang berjaya menggabungkan pakaian sukan dengan pakaian jalanan untuk mencipta beberapa gaya paling ikonik pada abad lalu. Sepanjang sejarah penubuhannya, jenama ini sentiasa berpegang teguh pada etos keaslian, integriti dan lagak gaya.
Kalungan laurel telah menghiasi pakaian Fred Perry sejak penubuhannya pada tahun 50-an. Fred Perry cukup sinonim dengan sukan dan muzik serta subbudaya. Kalungan laurel tersebut pada hari ini melambangkan penghormatan, dipakai oleh mereka yang jiwanya dekat dengan jenama ini, sekaligus membezakan mereka daripada arus perdana.
Fred Perry telah bertapak di Malaysia sejak 2011 dengan kedai utamanya yang pertama di Suria KLCC dan seterusnya membuka cawangan lain di Lembah Klang (Pavilion KL, 1Utama, The Gardens Mall, Mitsui Outlet Park, Pavilion Bukit Jalil) serta di Gurney Plaza Pulau Pinang.
0 Comments