Hot Posts

6/recent/ticker-posts

NADIYA SHAHAB HOS PROGRAM RAHSIA KECANTIKAN WANITA, HUJUNG KE HUJUNG



SEBAGAI wanita sememangnya anda pasti teruja apabila dapat berkongsi tip dan rahsia kecantikan wanita lain. Bukan sahaja dapat menambah ilmu sebaliknya memberi impak menyuntik aura positif ke arah mencantikkan diri sendiri menggunakan bajet mengikut kadar kemampuan sendiri.

Terbaru Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan program diberi tajuk Hujung Ke Hujung yang berkongsi cara penjagaan diri seorang wanita sepenuhnya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Menampilkan Nadiya Shahab sebagai hos, program sedang bersiaran setiap Isnin, jam 2.30 petang menerusi saluran TV Okey ini bercerita tentang pelbagai info kecantikan dan kesihatan dibincangkan bersama tetamu jemputan.

Turut menyerikan program ini selebriti jemputan antaranya Erin Malik, Nourul Depp, Bella Astilah, dan Ning Baizura yang bersama-sama membincangkan hal penjagaan diri yang sentiasa diamalkan mereka dapat kehidupan seharian.

Bukan sekadar cantik semata-mata, pengisian program ini bermanfaat untuk menambah pengetahuan dalam kalangan wanita yang menjadi tunjang keluarga termasuklah mengetahui apakah penyakit-penyakit yang menjadi punca masalah mental dan cara memberi kesedaran masyarakat mengenai penyakit tersebut.

Episod seterusnya bersama Dr. Kartini Farah Rahim yang akan menerangkan mengenai punca masalah jerawat dan juga cara menanganinya. Ada juga perkongsian tentang punca masalah komplikasi kuku dan penjagaanya juga turut dibincangkan bersama Dr. Syairah Nadia.

Program Hujung Ke Hujung ini juga ada membincangkan mengenai diet yang sihat dan seimbang bersama seorang penyanyi popular iaitu Nourul Depp yang diketahui sentiasa mengamalkan diet yang sihat.

Berikutnya Nadiya Shahab juga menjemput Dr Manvinder Kaur menerangkan kaedah penurunan berat badan yang sihat. Ia pastinya mampu menarik minat golongan yang baru berjinak-jinak mahu mengamalkan gaya hidup sihat dan mendapatkan berat badan yang ideal.

Bersama pelakon Bella Astilah juga dijemput sebagai tetamu undangan dimana beliau berkongsi mengenai topik penjagaan kaki dan bagaimana memilih kasut yang betul. Seorang pakar estetik dan anti penuaan juga dijemput iaitu Dr Rushmini.

Dalam episod akhir, Nadiya Shahab bersama Ning Baizura akan menyentuh topik mengenai bau badan dan bagaimana mengelakkan ia terjadi. Doktor Shaharom yang merupakan seorang pakar juga akan berkongsi bagaimana mengelakkan bau badan terjadi.

Ikuti perbincangan santai yang menambah pengetahuan anda ini Di TV Okey. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments