SETELAH 25 tahun menyajikan citarasa sebenar dunia dalam bentuk makanan dan minuman di Malaysia, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia bersedia untuk meraikan jubli peraknya.
Detik yang istimewa ini turut menyaksikan perungkaian minuman baharu yang dipilih khas baharu untuk tempoh terhad di samping menu keraian yang terdiri daripada perisa Malaysia yang sangat digemari, termasuk pencuci mulut, santapan dan manisan yang diberi sentuhan warna ikonik kami, ungu.
Tidak lengkaplah sambutan ulang tahun kalau tiadanya kek (dan banyak lagi).
Ketua Pemasaran & Inovasi, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, Fiona Rodrigues, berkata;
“Sudah 25 tahun kami berkhidmat, dan kami bersyukur kerana dapat terus berkongsi semangat kami terhadap makanan dan minuman kepada warga Malaysia tanpa mengira latar belakang.“Sambutan ini meraikan setiap detik manis yang telah kita kongsi bersama, biarpun menerusi secawan kopi, sepotong kek atau juadah-juadah yang lain.“Telah menjadi keutamaan kami untuk memastikan setiap kunjungan anda ke cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf® dapat memberi kehangatan seperti berada di rumah sendiri, seperti Malaysia yang telah menjadi rumah kami sejak 25 tahun yang lalu."
Dirumus khas sempena sambutan ulang tahun kami yang ke-25, The Coffee Bean & Tea Leaf® mempersembahkan Lavender Cold Brew Latte.
Memetik ilham daripada kediaman di Malaysia selama 25 tahun, Lavender Cold Brew Latte membawakan kopi bru yang dingin dengan sentuhan lavender, dan pastinya dalam tema ungu.
Turut hadir bersama ialah menu istimewa* yang menggandingkan citarasa Malaysia klasik dengan warna kegemaran kami, ungu.
Ia merangkumi aneka kek seperti Twilight Berry dan Murasaki Blondie; kombinasi enak antara keladi dan kelapa dalam bentuk Coco Yam Tart; santapan yang lazat dan mudah dinikmati, iaitu Purple Swirl serta Pecan Caramel Muffin; dan Asam Beef Pandesal yang menggiurkan.
Bukan itu sahaja, siri barangan sempena Ulang Tahun Ke-25 dalam bentuk cawan dan tumbler juga akan disediakan untuk anda! Kad TCB edisi Ulang Tahun Ke-25 juga boleh didapati bagi para peminat di luar sana yang ingin tunjukkan bahawa mereka telah meraikan jubli perak ini bersama The Coffee Bean & Tea Leaf®.
Nantikan ketibaannya di cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf® berhampiran anda.
Untuk memeriahkan lagi sambutan, The Coffee Bean & Tea Leaf® juga memperkenalkan banyak promosi sepanjang bulan, bermula dengan potongan RM2.50 untuk barangan Makanan Ungu daripada menu Istimewa Ulang Tahun ke-25 kami dengan pembelian menggunakan Kad TCB, yang berlangsung dari 9 hingga 11 September.
Berikutnya, dari 16 hingga 18 September, bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, anda boleh menikmati diskaun 16% untuk mana-mana minuman bru sejuk.
Selain itu, dari 23 hingga 25 September, anda boleh menerima baucar Ulang Tahun ke-25 (diskaun RM 5 untuk pembelian seterusnya, sah sehingga 30 September 2022) dengan pembelian The Original Mocha Ice Blended®️, The Original Vanilla Ice Blended®️, Chai Tea Latte, Latte, Cappuccino atau Americano.
Akhir sekali, dari 23 hingga 30 September, nantikan kod promosi pada laman sesawang rasmi The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia untuk diskaun 25% bagi mana-mana Makanan Ungu; dan dapatkan Minuman/Makanan Ungu percuma dengan tambah nilai Kad TCB minimum RM100.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, sila kunjungi platform dalam talian The Coffee Bean & Tea Leaf® seperti Facebook di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage , Instagram di @coffeebeanMY , TikTok di @coffeebeanMY , atau laman sesawang di www.coffeebean.com.my .
Fakta The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia – Menu Ulang Tahun Ke-25
Twilight Berry
Mousse lemon dan beri biru yang enak mempersembahkan rasa di atas lapisan span hitam arang dan biskut krim. Disediakan dalam bentuk sebiji kek (1.2 kg) dan potongan.
Murasaki Blondie
Kelazatan kacang taro digandingkan dengan konfeksi coklat putih serba manis dengan sentuhan velvet. Rasai kerapuhannya dalam keadaan sejuk atau biar ia meleleh di mulut anda setelah dipanaskan. Disediakan dalam bentuk sebiji kek (1.3 kg) dan potongan, serta saiz kecil (0.5 kg).
Coco Yam Tart
Serikan detik istimewa ini dengan juadah tart yang lazat lagi empuk, menggandingkan bahan kelapa dan juga keladi. Disediakan dalam sebiji tart (1.2 kg) dan potongan.
Purple Swirl
Rasa manis dan kekacangan disulam menerusi snek yang diperbuat daripada kacang merah dan ubi keledek berona ungu.
Asam Beef Pandesal
Snek yang benar-benar melazatkan – rasai citarasa negeri Melaka.
Pecan Caramel Muffin
Keenakan kacang pekan dan karamel bergaram serba 'smoky' serta lembut lagi beraroma. - 7KLIK
[KREDIT: The Coffee Bean & Tea Leaf®]
0 Comments