Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PROGRAM DEKORASI SANTAI, DRESS MY SPACE DI TV OKEY



HANYA dengan sedikit perubahan membawa kepada makna yang besar. Kata-kata ini diterjemahkan dalam program terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berjudul Dress My Space mulai 12 September lalu, setiap Isnin, jam 11.30 pagi menerusi saluran TV Okey.

Menampilkan gandingan hos personaliti TV, Mahirah Khan dan Sham Saidin yang merupakan jururunding dekorasi, episod pengenalannya membawakan Konsep Vintaj yang sememangnya mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Banyak orang beranggapan interior designer dan interior decorator itu peranannya sama sahaja. Sedangkan realitinya kedua-dua tanggungjawab dan skop kerja adalah berbeza.  Ia bukan sekadar perbezaan terminologi, tetapi fokus perkhidmatan yang ditawarkan oleh kedua-duanya juga berlainan.

Siapakah jururunding dekorasi? Apakah skop perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan? Hal yang sewajarnya diketahui dan dilakukan jururunding dekorasi sememangnya memberi fokus dan tumpuan untuk merencanakan sistem utiliti. Seorang jururunding dekorasi bertanggunjawab mendekorasi seni bina yang sedia ada.

Contoh utama bila mendekorasi rumah dengan konsep minimalis terutama melibatkan perkara berkaitan pemilihan warna cat dinding, material perabot, hingga ke perhiasan yang sesuai untuk kediaman rumah pelanggan.

Secara ringkasnya pekerjaan mereka adalah mempercantik ruang dalaman yang sudah ada (tidak meruntuh, menambah, atau mengubah struktur ruangan dan berkaitan dengan cat, lapisan perabot, dinding, dan lantai, serta bahan lain).

13 episod program terbitan Sempoi Productions Sdn Bhd ini bukan sahaja berkongsi pendekatan memudahkan orang ramai sebaliknya mengajak penonton berjimat dalam perbelanjaan mendekorasi rumah idaman mereka.

Banyak tip dan nasihat yang dikongsikan dalam program ini bagi memastikan ruang kediaman semua tampak lebih bersinar dan menyerlah. Tambahan pula turut melibatkan segmen DIY yang menonjolkan personaliti barang dekorasi yang dipilih.


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments