DUA sahabat baik melakukan aktiviti ekstrem dengan memanjat menara radio lama dan terpencil yang berketinggian 2,000 kaki untuk menyembuhkan trauma yang dihadapi.
Becky dan Hunter yang gemar melakukan pendakian berbahaya sebagai riadah mereka. Namun selepas kejadian ngeri yang membawa kepada kematian suami Becky, ketika melakukan aktiviti tersebut, dia menjadi trauma.
Hunter yang bersimpati dengan apa yang dilalui sahabatnya itu mengajak Becky memanjat sebuah menara radio lama untuk mengatasi trauma tersebut dan kembali membina semangat baharu.
Namun keadaan sebaliknya berlaku apabila mereka ditimpa musibah setelah tangga menara tersebut runtuh, sekali gus menyebabkan kedua-duanya terperangkap di puncak.
[KREDIT: Warner Bros. Pictures]
0 Comments