Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TAM SPIDER, AZLAN & THE TYPEWRITER GAMATKAN PENTAS ICSYVMY5



TENTU ramai tertanya-tanya mana Tam Spider menghilang? Kenapa lama menyepi? Adakah Tam Spider masih aktif menyanyi? Penyanyi Relaku Pujuk yang juga merupakan juara kepada Anugerah Juara Lagu ke 19 ini masih setia dalam persada seni dan kini aktif sebagai komposer dan juga penerbit rakaman.

Selain Tam Spider, seorang lagi artis pop rock yang dijemput mewarnai episod ke 10 ini adalah Azlan & The Typewriter. Kedua-dua  jemputan ini sudah pastinya bakal menggamatkan episod ke 10,  I Can See Your Voice Malaysia musim 5 (ICSYVMY 5) pada minggu ini. Kedua-dua penyanyi pop rock tanah air ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Sudah tentu peminat setia mereka ternanti-nantikan kemunculan mereka pada 10 Julai, jam 9 malam nanti.

Azlan & The Typewriter pernah menjadi artis jemputan ICSYVMY 4. Pada musim lalu, beliau tidak berjaya menyanyi bersama dengan penyanyi sebenar. Kali ini, Azlan akan bergandingan dengan Tam Spider untuk menentukan siapa penyamar dan siapa penyanyi sebenar. Bolehkah kedua-dua  mereka membuat tekaan yang tepat?

Pada minggu ini, Riena Diana, Bell Ngasri dan Azira Shafinaz dijemput untuk menjadi penyiasat jemputan di samping penyiasat tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Janna Nick dan Andi Bernadee.

Gabungan keenam-enam selebriti ini pastinya membuatkan penonton di rumah tidak sabar melihat gelagat mereka dan mendengar suara mereka yang telah lama menyepi. Adakah dengan gabungan 6 penyiasat ini dapat membantu Tam Spider dan Azlan & The Typewriter untuk menyelesaikan misi mereka atau pentas akan menjadi lebih huru hara? Jangan terlepas untuk menyaksikan I Can See Your Voice Malaysia 5, minggu ini.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan I Can See Your Voice Malaysia 5 yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Ain Edruce, pada setiap Ahad, 9 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di http://www.tonton.com.my Gunakan #ICSYVMY untuk merancakkan perbualan di laman media sosial. 


[KREDIT: TV3]













Post a Comment

0 Comments