Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Nikmati Teh Bru Sejuk oleh The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia



DI BAWAH sinaran mentari yang terik, setiap tegukan air yang dingin pasti lebih menikmatkan. Dengan itu, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia telah merungkaikan minuman teh bru sejuk (Cold Brew Tea) baharu untuk merangsang deria rasa anda – sempurna untuk cuaca yang panas di Malaysia.

Direndam sejuk selama lima jam, daun-daun teh yang dipilih dengan tangan membekalkan kemulusan dan aroma sebagai asas sempurna bagi teh bru istimewa ini, sekali gus menonjolkan kelazatan buah-buahan sebenar yang disertakan bersama.

Dengan itu, terlahirlah barisan minuman ‘Behold the Cold’ untuk membekalkan ledakan rasa yang manis lagi menyegarkan untuk dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya berlatarkan cuaca yang panas.


“Meskipun teh bru sejuk Behold the Cold telah dilancarkan secara khas sempena musim panas ini, warga Malaysia tahu bahawa hampir setiap hari adalah umpama musim panas untuk kita di sini.

“Oleh itu, Behold the Cold bukan sahaja dirumus untuk cuaca panas kita, tapi juga untuk membangkitkan keinginan untuk meluangkan masa di luar.

"Buat penggemar teh atau sesiapa sahaja, tiada apa yang dapat menandingi kepuasan minuman sejuk yang dinikmati semasa meluangkan waktu di bawah sinar matahari, lebih-lebih lagi minuman yang enak, beraroma dan menyegarkan!

"Mungkin ketika cuti musim panas anda, di sesi piknik atau sesi mengeteh di depan rumah – di sinilah secawan teh bru sejuk dalam genggaman anda seronok untuk diminum.”  ujar Ketua Pemasaran & Inovasi, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, Fiona Rodrigues.



Teh bru sejuk yang enak dan menyegarkan ini hadir dengan aneka gandingan teh serta buah, dan Mango Cold Brew Tea serta Watermelon Lychee Cold Brew Tea merupakan ahli baharu yang akan menambah keistimewaan dalam barisan minuman ini di samping Peach Jasmine Cold Brew Tea yang sedia ditawarkan sebelum ini.

Setiap profil perisa baharu telah dirumus khas menggunakan tangan untuk mencari gandingan teh dan buah-buahan yang sempurna.

Mango Cold Brew Tea menjodohkan puri mangga sebenar dengan teh hitam yang telah diperam sejuk, menambah rasa manis serba tropikal sebagai asas teh hitam ini yang benar-benar kaw. Watermelon Lychee Cold Brew Tea pula menampilkan teh bru sejuk dengan sentuhan buah tembikai – pasti dapat memuaskan deria rasa anda di bawah cuaca terik – malah minuman ini turut didatangkan dengan biji-biji laici segar.

Kombinasi rasa masam masam manis, laici istimewa yang sedia untuk dikunyah serta teh hitam berkualiti tinggi yang telah diperam melahirkan minuman tropika yang terunggul untuk menghilangkan dahaga anda.

Bukan itu sahaja, setiap perisa juga didatangkan dalam tiga variasi: Cold Brew Sweet Tea, Sparkling Cold Brew Tea dan Granita. Mango Cold Brew Sweet Tea, Watermelon Lychee Cold Brew Sweet Tea dan Peach Jasmine Cold Brew Sweet Tea yang sedia ditawarkan sebelum ini disajikan dalam saiz kecil (RM13.90) dan biasa (RM14.90).

Sementara Sparkling Mango Cold Brew Tea, Sparkling Watermelon Lychee Cold Brew Tea dan Sparkling Peach Jasmine Cold Brew Tea yang sedia ditawarkan sebelum ini (kecil RM14.90 dan biasa RM15.90) dicampur dengan air berkarbonat untuk menambah dimensi pada minuman tersebut yang mampu membangkitkan deria anda.

Akhir sekali, bagi mereka yang ingin menikmati minuman ice blended mereka dengan lebih lama di bawah cuaca panas, maka Mango Lychee Granita dan Watermelon Lychee Granita merupakan pilihan yang tepat untuk anda, juga disediakan dalam saiz kecil (RM15.90) dan biasa (RM16.90).

Di samping itu, bagi Cold Brew Sweet Tea dan Sparkling Cold Brew Tea, Cream Cap boleh dipesan dengan tambahan RM2.50 sahaja untuk memuluskan lagi minuman teh pilihan anda!

Turut disajikan bersama minuman bermusim Cold Brew Tea ini, yang bertemakan pantai tropika dan sinaran mentari, ialah aneka hidangan sampingan dalam bentuk kek, tart dan biskut. Ia termasuk kek Mango Sunshine, kek Midsummer Calamansi, tart Mango by the Peach dan Strawberry Sugar Cookie.

Bukan itu sahaja, menu tersebut juga menampilkan Matcha Choc Swirl yang pasti dapat menggamit perhatian para penggemar matcha atau coklat di luar sana. Bagi mereka yang lebih menggemari kehijauan, rasai Macaroni Salad yang sedap untuk dimakan dan menarik untuk dilihat!

Setelah anda puas berseronok di luar dan ingin merasai kenikmatan yang lain daripada yang lain, jangan lepaskan peluang untuk mencuba ahli baharu dalam barisan Midnight Series, Belgian Midnight Chocolate Ice Blended® (kecil RM 17.90 dan biasa RM18.90).

Siri barangan bertemakan musim panas, ‘Groovy Gulls’ juga bakal menemui anda. Siri barangan ini terdiri daripada cawan gelas dan tumbler, sempurna untuk menghidangkan minuman sejuk (atau panas) sempena musim panas ini! Nantikan ketibaannya di The Coffee Bean & Tea Leaf® berhampiran anda.

Akhir sekali, dari 9 hingga 11 Julai, promosi Beli 1 Percuma 1 akan diadakan untuk barisan minuman Cold Brew Tea, khas sempena hujung minggu panjang!  Jadi jangan lepaskan peluang ekskulif ini untuk merebut tawaran istimewa ini bersama rakan anda!



Menu Musim Panas 






Mango Sunshine
Puaskan selera tropika anda dengan kek buah mangga yang dilapisi inti laici; disempurnakan dengan kemasaman rasa yogurt asli. Disediakan dalam bentuk penuh (RM139.90/1.5 kg), potongan (RM13.95/potong), serta saiz kecil (RM55/0.52 kg).






Midsummer Calamansi

Sulaman antara kemasaman limau kasturi dan kemanisan ‘mousse’ madu. Dihidangkan bersama cebisan aloe vera, juadah ini pasti dapat menyegarkan hari anda. Disediakan dalam bentuk penuh (RM139.90/1.45 kg) dan potongan (RM13.95/potong).






Mango by the Peach

Lapisan gula hancur yang menyelubungi inti mangga dan pic empuk keemasan. Disediakan dalam bentuk penuh (RM139.90/1.3 kg) dan potongan (RM13.95/potong).




Matcha Choc Swirl

Berehat seketika dengan hidangan roti ‘brioche’ matcha dengan sentuhan coklat yang istimewa.  Setiap satu berharga RM9.90.




Strawberry Sugar Cookie

Biskut mentega lazat dengan selaput yang rangup dan inti kenyal yang sarat dengan rasa strawberi! Setiap satu berharga RM6.50.




Macaroni Salad

Hidangan salad yang segar dan menarik ini diilhamkan oleh pemandangan di sebuah taman berlatarkan matahari yang sedang membenam. Cuka balsam dan perasa tembikai menambah kemasaman serta kemanisan dengan begitu sempurna di samping ramuan buah beri, epal, tomato, timun dan makaroni. Disediakan pada harga RM20.80.



[KREDIT: The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia]








Post a Comment

0 Comments