Hot Posts

6/recent/ticker-posts

‘Gah Bernada Kah Kah Kah’; Tema Kesultanan Melayu Melaka warnai Muzikal Lawak Superstar Musim Ke-3



LAWAK berelemenkan rumpun Melayu menjadi nadi kepada Muzikal Lawak Superstar musim ke-3 kali ini.

Apatah lagi gimik yang dilakukan baru-baru ini mencerminkan nada dan tema rancangan realiti popular yang menggabungkan muzik, lakonan dan komedi lantas menyatukan penyanyi, pelawak, pelakon serta personaliti media sosial untuk menjayakan persembahan setiap minggu.


Sukses yang dikecapi musim-musim terdahulu melihatkan kemahuan para penonton untuk menyaksikan para selebriti melebarkan sayap mereka ke bidang-bidang yang boleh dianggap sebagai bukan comfort zone masing-masing.

Sebanyak 12 kumpulan sudahpun dipilih untuk memulakan cabaran sengit yang pastinya akan mewarnai malam Jumaat para penonton Astro. Antara keunikan yang diserapkan adalah penglibatan KOLs ataupun personaliti media sosial mengambil bahagian sebagai peserta.

Gandingan unik ini menggegarkan lagi gabungan ‘otai’ bersama generasi muda yang pastinya bakal mengujakan peminat-peminat komedi tanah air mahupun Nusantara.

Musim ini memperkenalkan muka-muka baharu seperti Aya Amiruddin, Puspa Gomen, C, Shidi Data dan DD Chronicle. Wajah-wajah dari luar negara turut mewarnai musim ini dengan kehadiran Sarip dan Amin dari Indonesia serta Kinjo dari Jepun.

Nama-nama seperti Roy Azman, Ali Puteh, Achey serta penghibur terkemuka negara, Shiha Zikir turut kembali untuk memeriahkan lagi suasana musim ini.

Mengekalkan susuk figura yang cukup versatil dalam industri seni tanah air, Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom sekali lagi akan berperanan sebagai hos Muzikal Lawak Superstar. Beliau bakal digandingkan dengan hos baharu yang akan diperkenalkan pada konsert pertama kelak.

Manakala barisan juri masih diketuai Datuk Awie yang akan didampingi muka-muka baharu termasuk pelakon dan model tersohor, Siti Saleha dan personaliti serta hos Singapura popular, Najip Ali. Shah Nizam atau lebih dikenali sebagai Shah Slam akan menggalas peranan sebagai Pengarah Muzik.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM150,000, naib juara pula akan meraih RM75,000, tempat ketiga dan tempat keempat masing-masing akan menerima RM50,000 dan RM25,000.

Muzikal Lawak Superstar musim ke-3 akan berlangsung selama 10 minggu dan bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil mulai 22 Julai, setiap Jumaat, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.

Saksikan juga MLS3 Live+ yang dihoskan oleh Jiggy dan Elly Arifin menerusi Facebook serta YouTube Gempak setiap hari Jumaat pada jam 8.30 malam.

Format Rancangan

Sebanyak 12 kumpulan yang terdiri daripada kombinasi pelawak, selebriti serta KOLs akan bersaing untuk meraih kejuaraan komedi muzikal yang terhebat di Malaysia.

Cabaran mingguan akan diberikan berdasarkan lokasi dan peserta-peserta harus menyediakan persembahan mereka denga apa yang ditetapkan. Peserta-peserta diberikan kebebasan untuk menghasilkan karya mereka dengan apa jua jalan cerita namun penceritaan sketsa mereka haruslah berlatarbelakangkan lokasi tersebut.

Pemenang mingguan diberikan peluang untuk memilih MYSTERY REWARD termasuk pemilihan live props, giliran persembahan, satu star advance dan giliran komen daripada juri. Manakala kumpulan yang tersenarai sebagai bottom 3 perlu mempersembahkan lagu denda yang akan ditetapkan.

Selesainya setiap persembahan, pihak juri akan memberi komen dan STAR (Bintang) untuk persembahan mereka. Bintang maksimum adalah 5 untuk setiap juri bagi setiap persembahan. Penjurian pihak juri merangkumi 50% daripada permarkahan keseluruhan.

Manakala 50% yang selebihnya datang daripada undian dalam talian. 20 kredit diberikan untuk setiap pengundi bermula hari Sabtu hingga Khamis dan 50 kredit akan diberikan kepada mereka pada hari Jumaat. Pengundi boleh melayari www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.

Kesemua markah juri dan undian dalam talian akan dijumlahkan untuk menentukan pemenang mingguan serta bottom 3. Kumpulan yang mendapat markah terendah akan disingkirkan.


SENARAI PESERTA MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2022

1. BAHROY: Nizam Jentik Jentik, Shashic Iewan & Roy Azman
2. OOD: Man Rl, Chiwan & Zahid
3. ARTEH: Has, Dewa & Qody
4. BENJO: Noxx Hazwan, Filzah Azmi & Kinjo
5. SOBAT: Che Mat, Najua P. Ramlee & Dd Chronicle
6. WISEL: Wan Gegau, Salman Al-Farisi & Iskandar Norzaman
7. ABIOSO: Sarip, Amin & Puspa Gomen
8. NGAM: Achok Chilok, Wan Wala & Aya Amiruddin
9. UBI: Fad Bocey, Sharif Zero & Name
10. JOKI: Gomok Gahai, Fuad Nasirr & Beby Acha
11. SELIT: Ajo, Azmir Aziz & Shidi Data
12. CILI: Ali Puteh, Achey & Shiha Zikir



KENYATAAN RASMI PENGURUS SALURAN ASTRO WARNA, IDLAN ZAHARI

“Keunikan utama yang menjadi paparan untuk musim ketiga Muzikal Lawak Superstar adalah kepelbagaian dalam pemilihan peserta-peserta. Ramai muka-muka baharu yang bukan berasal daripada industri hiburan digandingkan dengan muka-muka otai dan senior baik dari segi dunia lakonan mahupun dunia komedi.

"Pemilihan muka-muka baharu ini melambangkan kemahuan saluran Astro Warna dalam menarik golongan muda ke saluran kami. Demografik ini amat penting untuk pihak kami dalam mengembangkan sasaran penonton di Astro terutamanya untuk genre komedi atau sketsa komedi secara khususnya.

"Malah kebanyakkan muka-muka fresh ini merupakan golongan content creator atau personaliti media sosial berpengaruh yang mempunyai pengikut-pengikut dari generasi yang kami sasarkan. Kami berharap agar penampilan golongan ini mampu menarik minat generasi sasaran kami untuk menonton kandungan-kandungan hebat yang dipaparkan menerusi Astro Warna.

"Kepelbagaian mahupun diversiti diteruskan lagi dengan pembabitan peserta-peserta dari luar negara termasuk dari Indonesia dan Jepun. Sudah semestinya bagi peminat-peminat Muzikal Lawak Superstar tidak sabar untuk melihat bagaimana mereka menyesuaikan diri dengan lenggok komedi serta aura persembahan di negara kita terutamanya Kinjo yang berasal dari Osaka, Jepun.

"Selain daripada muka-muka baharu, musim ini turut melihat kemunculan cucu kepada Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam meneruskan legasi keluarga yang berbakat besar dalam pesada dunia hiburan. Sesungguhnya pihak Astro tidak sabar untuk melihat Najua P Ramlee meneruskan legasi keluarganya di pentas kami.

"Pemenang Anugerah Top Top MeleTOP Wanita untuk Anugerah MeleTOP Era 2021, Shiha Zikir turut kembali untuk bersaing pada musim ini. Shiha sememangnya tidak pernah menjauhkan diri daripada cabaran-cabaran termasuk menyertai program realiti muzikal.

"Beliau merupakan seorang artis yang mempunyai sikap ingin mencuba dan mahu membuktikan kemampuan dirinya walaupun ramai sudah mengiktirafnya sebagai antara penghibur yang versatil di negara kita.

Jika ada yang perasan baru-baru ini, sekumpulan ‘bangsawan’ kelihatan berjalan-jalan di sekitar ibu negara termasuk LRT KLCC serta ruangan makan di kompleks membeli-belah terkemuka negara, Suria KLCC. Yang menariknya, mereka bertutur dalam Bahasa Melayu klasik serta berbusana ala zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bagaikan blast from the past, ramai tertanya-tanya siapakah mereka dan apakah yang mereka lakukan?

"Sesungguhnya hari ini merupakan jawapan kepada semua pertanyaan di ruangan media sosial. Ya, gimik yang dilakukan adalah untuk Muzikal Lawak Superstar musim ke-3 dan saya ingin mengucapkan syabas kepada semua pihak terlibat yang menjayakan pelaksanaan gimik tersebut. Saya sendiri turut menerima mesej mahupun pertanyaan yang sama, namun jawapan saya pada waktu itu ‘Tunggu dan lihat di Astro Warna pada 22 Julai kelak.’

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan bagi pihak Astro kepada penaja utama kami, Oppo yang sudi menaja musim terbaharu ini. Sesungguhnya, saya berharap agar kolaborasi ini berkekalan dengan jayanya.

"Akhir sekali, ucapan terima kasih ingin saya lafazkan kepada semua pihak produksi, barisan artis, pengurusan serta tenaga kerja yang bakal menjayakan rancangan realiti komedi muzikal ini yang akan bersiaran langsung bermula pada minggu hadapan.

"Kami tidak sabar untuk meneruskan kecemerlangan rancangan LIVE yang berunsurkan komedi, sekaligus meneruskan kejayaan Maharaja Lawak serta musim-musim terdahulu Muzikal Lawak Superstar. Kami berharap edisi kali ini akan mengujakan para penonton Astro dan peminat-peminat komedi tempatan."

[KREDIT: Astro]













Post a Comment

0 Comments