Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Dulu peserta, kini Iman Troye jadi artis jemputan ICSYVMY5



IMAN Troye atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa bakal muncul dalam program hiburan nombor satu di Malaysia, I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) yang diadaptasikan daripada program popular Korea Selatan pada Ahad ini, pukul 9.00 malam dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my. 

Kehadiran Iman Troye pasti menggamatkan lagi suasana ICSYVMY 5 ini sebagai artis jemputan, di mana dia perlu memilih penyanyi sebanar dalam kalangan enam peserta pada minggu ini. Sudah pasti Iman Troye dapat mengenal pasti antara penyamar dan penyanyi sebenar kerana beliau sendiri pernah menjadi peserta ICSYVMY 2.

Pada minggu ini, tiga artis terkenal tanah air iaitu Ezlynn, Ara Johari dan Tam Suhaimi, dijemput sebagai panel penyiasat. Keletah keempat-empat artis ini sudah tentu menggamatkan lagi suasana ICSYVMY 9 ini.

Apatah lagi apabila berkumpul sekali dengan panel penyiasat tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Janna Nick dan Andi Bernadee. Namun, berjayakan mereka membantu Iman Troye dalam misi mencari penyanyi sebenar?

Menerusi episod kali ini, penonton juga berpeluang mendengar perkongsian Iman Troye tentang pengalamannya ketika menyertai ICSYVMY 2 pada tahun 2019 dan juga detik-detik disingkirkan daripada program realiti ini. Sememangnya ia merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan kerana di situlah juga dimana Iman  Troye mula dikenali ramai.

Adakah pengalaman lalu cukup untuk Iman Troye memilih penyanyi sebenar? Semuanya akan terjawab pada Ahad ini, menerusi di I Can See Your Voice Malaysia 5.

ICSYVMY 9 ini dibawakan oleh Digi sebagai penaja utama, Kinohimitsu dan Nivea sebagai penaja bersama, Hot Fm sebagai rakan radio, Oh Bulan, Xtra dan Senang Terhibur sebagai rakan digital.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan I Can See Your Voice Malaysia 5 yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Ain Edruce, pada setiap Ahad, jam 9 malam di TV3. - 7KLIK


[KREDIT: TV3]

Post a Comment

0 Comments