Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TUAH PENDENGAR MOLEK FM, MENANG NISSAN NAVARA


GRAND finale Lagu Molek Navara yang telah berjaya menarik 80 peserta baru sahaja selesai dilangsungkan di KTCC Mall, Kuala Terengganu pada Sabtu. 

Tahniah diucapkan kepada pendengar bertuah Mohd Zawawi bin Ismail dari Kampung Losong Atap Zin, Kuala Terengganu yang telah berjaya memenangi RM100 dan sebuah Nissan Navara serba baharu pada pusingan terakhir cabaran Lagu Molek Navara.

Pemilik Nissan Navara, Mohd Zawawi bin Ismail, 32 tahun, berkata dia mula mendengarkan Molek FM ketika siaran percubaan sedang dijalankan lagi dan berjaya mendapat akses ke Grand Finale Lagu Molek Navara menerusi segmen Molek 10-3 bersama Izzul. 

"Alhamdulillah, semua ni rezeki anak-anak, saya menjadi orang yang terakhir berjaya membuka kunci di replika Nissan Navara menerusi cabaran yang terakhir.

"InshaAllah saya akan terus menyokong Molek FM dan menjadi pendengar setia," katanya.



Seramai 80 pendengar bertuah berjaya melayakkan diri ke Grand Finale Lagu Molek Navara setelah menjadi pemanggil terpantas dan memberikan tagline Molek FM iaitu Gu Pantai Timur kepada barisan penyampai Molek FM ketika kempen ini berlangsung.

Terdapat tiga cabaran yang perlu dihadapi oleh peserta di Grand Finale Lagu Molek Navara. Cabaran pertama adalah cabaran membuka kotak misteri dengan kunci yang betul. Namun begitu hanya 30 peserta sahaja yang layak ke pusingan seterusnya.

Cabaran kedua adalah mereka perlu membuka replika pintu dengan menggunakan kunci yang betul di mana peserta sendiri perlu memilih kunci berkenaan secara rawak.

Hanya 10 peserta sahaja yang layak ke pusingan akhir untuk melayakkan mereka memenangi sebuah Nissan Navara. Cabaran terakhir ini menentukan siapakah di antara 10 peserta yang tinggal berjaya membuka replika pintu Nissan Navara dan membawa pulang kenderaan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata;

“Tahniah kepada Mohd Zawawi Ismail kerana telah berjaya membawa pulang sebuah Nissan Navara serba baharu di Grand Finale Lagu Molek Navara.

"Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pendengar Molek FM dan akan berusaha untuk memberikan pelbagai kejutan dan juga penghargaan kepada pendengar kami terutamanya buat mereka yang berada di Pantai Timur, sekaligus mengumpul jumlah pendengar setia dan membina komuniti Molek FM.

"Nantikan kempen menarik antaranya Cek Mek Molek FM yang mencari penyampai radio baharu di Molek FM dan banyak lagi,” katanya.



Kempen Cek Mek Molek FM yang bakal bermula pada 13 Februari 2022, mencari bintang radio yang bakal menyertai keluarga besar Molek FM yang dibarisi oleh Mek Zura, Fizie, Izzul, Mat Dan dan Kai Hassan. Juara Cek Mek Molek FM bakal memenangi kontrak bernilai lebih RM30,000 bersama Molek FM.

Molek FM boleh didengari menerusi frekuensi 105.1 FM di Kota Bharu dan 93.6 FM di Kuala Terengganu. Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Molek FM secara live streaming di www.molekfm.audio dan YouTube Molek TV.

Untuk mengetahui pelbagai info lanjut mengenai Molek FM, boleh terus ikuti laman sosial Molek FM di Facebook Molekfm, Instagram @molekfm TikTok @molekfm dan Twitter @MolekFM serta Whatsapp di 019-336 5656.

Dengarkan juga Molek FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.



[KREDIT: Molek FM]




Post a Comment

0 Comments