Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PELUANG MENANG WANG TUNAI HAMPIR RM10,000 DI HOT FM


BERSEMPENA dengan Anugerah Juara Lagu ke-36 yang bakal berlangsung pada bulan Mac ini, Hot FM dengan kolaborasi bersama AJL36 tampil dengan kempen menarik buat orang ramai dan pendengar setia Hot FM iaitu Hot JL.

Kempen ini telah bermula pada 21 Februari lalu, menawarkan wang tunai hampir RM10,000 buat pendengar bertuah yang berjaya memberikan jawapan yang betul kepada penyampai Hot FM.

Antara langkah yang perlu dilakukan untuk menyertai Hot JL ini adalah dengan mendengar Hot FM sepanjang hari dan nantikan isyarat memanggil ke udara. Kemudian, pendengar perlu menghubungi Hot FM di talian 03-77108822 dan mereka perlu meneka dengan betul lagu dan penyanyi yang pernah tersenarai di pentas Anugerah Juara Lagu.

Pendengar yang menjadi pemanggil terpantas dan berjaya meneka jawapan dengan betul berpeluang untuk menang wang tunai bernilai RM100. Jika mereka tidak berjaya meneka lagu & penyanyi dengan betul, wang tunai akan di bawa ke segmen yang seterusnya.

Lebih menarik lagi, pendengar bertuah yang menelefon Hot FM pada waktu bonus akan diberi soalan tambahan dan berpeluang memenangi wang tambahan bernilai RM300.

Pendengar boleh dengar Hot FM sepanjang hari untuk berpeluang menang wang tunai hampir RM10,000, setiap Isnin hingga Jumaat di Hot FM Rakyat Rangers, Fara Fauzana, AG & Fad (6 pagi - 10 pagi), Hot FM Non Stop Empat Lima, Ayu (10 pagi - 3 petang), Sembang Squad, Haziq & Riena Diana (3 petang - 7 malam) dan Hot Flix, Imran Aqil (8 malam - 12 tengah malam).

Selain itu, Rakyat Rangers juga memberikan pengisian yang menarik sepanjang Februari ini dengan misi #FaraHilang10kg. Selepas pulang dari Kedah sempena Rakyat Rangers Tour yang lalu, Fara Fauzana berimpian untuk mengurangkan berat badan sebanyak 10kg.

Antara cabaran yang dilakukan oleh Fara Fauzana adalah berjalan sebanyak 10,000 langkah, tidak mengambil gula dan makanan berminyak, dapatkan tips diet daripada Kevin Zahri dan nasihat bersenam daripada pelakon, Norman Hakim yang aktif bersenam di gym.

Yang terbaru, AG dan Fad berjaya mendapatkan tempat untuk Fara melakukan aktiviti Muay Thai dan akan memulakan latihannya itu bersama Saiful Merican, MMA Pro Fighter Malaysia yang juga pemilik gym Muay Thai pada minggu ini dan minggu depan.

Nantikan adakah Fara Fauzana berjaya hilangkan 10kg dalam masa 3 minggu dan ikuti misi #FaraHilang10kg di media sosial Hot FM.

Hot FM boleh didengari menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 88.6FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taiping; 105.0 Terengganu. 

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara siaran langsung di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 serta Twitter @hotfm976 dan Whatsapp di 017-302 8822. Dengarkan juga Hot FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.


[KREDIT: HOTFM]

Post a Comment

0 Comments