Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KEMPEN MENARIK BUAT PENDENGAR BULETIN FM


BULETIN FM, Info Terkini dan Muzik Sepanjang Zaman sentiasa menjadi medium untuk orang ramai mendapatkan pelbagai informasi terkini, berita semasa dan perbincangan mengenai perihal masyarakat dan permasalahan semasa.

Fokus Pagi bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana yang menemani pendengar bermula 6 pagi hingga 10 pagi, setiap Isnin hingga Jumaat sentiasa menjadi peneman setia pendengar Buletin FM.

Pada kali ini, Buletin FM masih memberikan sesuatu yang menarik buat pendengar dengan menyajikan pelbagai pengisian dan kempen menarik buat orang ramai khususnya mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan bidang perniagaan iaitu Usahawan Buletin FM dan Masterclass Buletin FM.


Usahawan Buletin FM

Selepas berjaya menganjurkan kempen Usahawan Buletin FM tahun lepas, Buletin FM kini kembali dengan menampilkan semula Usahawan Buletin FM. Pada edisi kali ini, pemenang bakal memenangi dana perniagaan berjumlah RM150,000.

Kempen ini dianjurkan kembali kerana penyertaan yang menggalakkan daripada orang ramai terutama pendengar Buletin FM. Fokus utama kempen ini dianjurkan adalah bertujuan untuk membantu peniaga kecil dan sederhana di luar sana bagi meningkatkan produktiviti dan mempercepatkan pertumbuhan perniagaan mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Kempen ini telah bermula pada 7 Februari lalu dan penyertaan telah pun tamat pada 18 Februari 2022. Masih menggunakan mekanik yang sama seperti edisi yang lalu, untuk menyertai Usahawan Buletin FM, mereka hanya perlu melayari web Buletin FM di www.buletinfm.audio dan terus ke pautan Usahawan Buletin FM.

Penyertaan Usahawan Buletin FM ini memerlukan mereka untuk mengisi maklumat diri mereka dan mengisi maklumat perniagaan antaranya jenis perniagaan, soalan mengenai mengapa mereka memerlukan dana berkenaan, kos perniagaan dan sebagainya.

Peserta yang terpilih perlu membentangkan idea perniagaan mereka di hadapan dua panel juri profesional di segmen Fokus Pagi bersama Ally Iskandar dan Hawa Rizwana. Antaranya juri profesional yang ada ialah Coach Wan Arjuna, Ketua Pegawai Eksekutif Entrepreneur Culture Incorporated dan Dato’ KK Chua, Pengasas Entrepreneur Insight.

Pada minggu pertama, 4 orang peserta akan membentangkan idea perniagaan dan mereka akan dinilai oleh juri profesional sebanyak (70%) dan undian di laman web Buletin FM (10%).

Minggu berikutnya, 4 lagi peserta akan membentangkan idea perniagaan mereka dengan pembahagian markah yang sama. Hanya seorang peserta dengan markah yang tertinggi bagi setiap minggu akan layak ke pusingan akhir.

Dua orang finalis dengan jumlah markah yang tertinggi perlu membentangkan sekali lagi idea perniagaan mereka di hadapan juri profesional, Datuk Seri Johari Ghani, Usahawan dan Pemilik Perniagaan yang akan memberikan 20% markah terakhir kepada finalis.

Juara Usahawan Buletin FM akan dipilih dan membawa pulang dana perniagaan berjumlah RM125,000 untuk slot iklan radio dan wang tunai berjumlah RM25,000.


Masterclass Buletin FM

Masterclass Buletin FM merupakan kempen kedua yang dianjurkan oleh Buletin FM, berbentuk sesi webinar eksklusif bagi berkongsi pengetahuan mengenai ilmu perniagaan serta memantapkan lagi perniagaan kecil atau sederhana orang ramai dalam bisnes, seterusnya meraih kejayaan dalam bisnes yang diceburi.

Sesi Masterclass Buletin FM ini memfokuskan interaksi dua hala di antara panel jemputan dengan penonton yang akan membincangkan topik-topik menarik berpandukan bidang kepakaran masing-masing terutamanya dalam bidang perniagaan dengan menggunakan kaedah penstriman langsung menerusi Facebook LIVE Buletin FM.

Tirai Masterclass Buletin FM akan bermula pada Jumaat, 25 Februari ini dengan topik perancangan kewangan untuk perniagaan bersama Moderator Ally Iskandar dan dua tetamu jemputan antaranya Sifu Jamal, Pengasas SifuBad Sdn. Bhd dan Puan Watie Abdul, Pengasas Tepung Pelita Paya Jaras.

Menariknya, orang ramai berpeluang untuk memenangi wang tunai dengan mengikuti langkah mudah ini. Mereka hanya perlu menonton Masterclass Buletin FM dan dengarkan Buletin FM sepanjang hari pada Isnin berikutnya.

Kemudian, tunggu isyarat memanggil, jadi pemanggil terpantas dan jawab soalan berkenaan Masterclass Buletin FM yang telah dijalankan pada minggu sebelumnya dan mereka berpeluang memenangi wang tunai bernilai RM200 bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana, Haiza, Muaz & Izwan Azir serta Fedtri Yahya.

Antara topik-topik lain yang bakal dibincangkan antaranya kepentingan media sosial kepada perniagaan, kos perniagaan : cari pelabur atau guna wang sendiri?, kepentingan imej produk perniagaan dan banyak lagi.

Selain Ally Iskandar, penyampai Buletin FM lain antaranya Hawa Rizwana, Muaz, Izwan Azir dan Fedtri Yahya turut akan mengemudi sesi Masterclass Buletin FM ini. Antara tetamu jemputan yang bakal menyertai sesi Masterclass ini ialah Encik Azzim Zahid Azmi @ Meri, Pengasas Jenama Baju Melayu Bulan Bintang, Encik Firdaus Abd Wahid, Pengarah Ayam Gepuk Pak Gembus Malaysia, Puan Hayfa Amira, Pengasas Supercube International Sdn Bhd dan ramai lagi.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Masterclass Buletin FM pada setiap Jumaat bermula 11 pagi menerusi Facebook Live Buletin FM kerana pelbagai intipati dan manfaat yang akan diperoleh walaupun berada di mana sahaja dengan menggunakan telefon bimbit atau komputer riba mereka sahaja, disamping peluang untuk memenangi wang tunai.

Buletin FM boleh didengari menerusi frekuensi 101.3FM di Lembah Klang; 90.2FM Penang; 107.3FM Alor Setar; 104.3FM Sarawak.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Buletin FM secara siaran langsung di www.buletinfm.audio dan YouTube Buletin TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital berinfomatif, boleh terus ikuti laman sosial Buletin FM di Facebook Buletin FM, Instagram @buletinfm dan Twitter @buletinfm serta Whatsapp di 017-276 5656.

Buletin FM juga boleh didengari menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.


[KREDIT: Buletin FM]

Post a Comment

0 Comments