KATA-KATA pujangga di atas merupakan sebahagian daripada lirik dalam lagu ‘Senandung Melayuku’ yang dinyanyikan oleh M.Nasir, gubahan oleh beliau sendiri dan juga Brad Parker, manakala liriknya pula telah ditulis oleh Keon.
Lagu ini telah dicipta dan dirakam pada tahun 1998 sebagai salah satu daripada empat lagu dalam sebuah projek album antarabangsa hasil kerjasama Luncai Emas dan bekas syarikat rakaman antarabangsa, BMG.
Namun pada waktu itu, atas dasar-dasar tertentu, lagu Senandung Melayuku bersama dengan sebuah lagu lagi yang berjudul I Have A Name , tidak berpeluang untuk dilancarkan lalu hilang tanpa ada rancangan selanjutnya.
Menurut Keon, oleh kerana hal-hal tertentu, projek tersebut terkandas. Namun, empat lagu berjaya dirakam dan salah sebuah lagu itu adalah Senandung Melayuku yang dirakam pada tahun 1998.
“Selepas terkandasnya projek album tersebut, Luncai Emas sendiri tidak berbuat apa-apa untuk meneruskannya. Tetapi, ada di antara keempat-empat lagu itu dimuatkan dalam album kompilasi M Nasir. Sebagai contoh lagu 'Dalam' yang liriknya dihasilkan Loloq," katanya.
Kini, pada tahun 2022, lagu Senandung Melayuku timbul semula sebagai keluaran terbaru Luncai Emas dan single terbaru Datuk M.Nasir.
"Memandangkan M.Nasir sudah lama tidak muncul dengan single baharu, Keon berkata, pihak Luncai Emas mengambil keputusan untuk meluncurkan lagu itu di YouTube Luncai Emas Sdn Bhd," katanya.
Dalam lagu ini Datuk M.Nasir telah bekerjasama dengan Brad Parker, seorang komposer dan producer yang berasal dari Amerika Syarikat.
Beliau merupakan seorang penulis yang telah banyak menyumbang kepada industri musik di sana, di mana banyak lagu tulisan beliau telah dinyanyikan oleh artis-artis popular Amerika Syarikat, seperti Cher, Richard Page, Kieran Goss dan juga artis-artis Asia seperti Andy Lau di Hong Kong dan Jaya di Filipina.
Lirik Senandung Melayuku ditulis oleh Keon, seorang penulis lirik yang tidak lagi asing dalam industri muzik tanah air. Banyak lirik yang dipena beliau dan lagu-lagu yang membawanya telah menjadi hit, seperti Relaku Pujuk (Spider,) Kejoraku Bersatu (Search), Joget Angan Tak Sudah (Jay Jay), Tunggu Aku Datang (Hazama), Di Bayang Awan (Awie), Raguku (Ella) dan banyak lagi.
Keon berkata beliau terkejut apabila diminta menulis lirik untuk lagu Senandung Melayuku.
"Tak sangka dia minta saya menulis lirik lagu yang dia sendiri akan nyanyikan. Selama bersama dan membantu kerjaya muzik beliau, saya tidak pernah meminta atau bertanya untuk menghasilkan lirik lagu buat beliau,” katanya.
Menurut Keon lagi, sebagai pencipta lagu, M.Nasir mempunyai pilihan untuk menentukan penulis lirik yang sesuai untuk lagu-lagu nyanyiannya.
“Kalau kita kaji kebanyakan lagu-lagu nyanyian beliau, banyak sekali liriknya dihasilkan arwah Loloq atau Rosli Khamis.“Memang beliau serasi bersama Loloq dan hal itu kita tidak boleh nafikan. Kita perlu hormati hakikat itu," katanya.
Tahun lepas, Senandung Melayuku juga telah menjadi lagu pembukaan bagi Mathnawi, sebuah dokumentari pendidikan RTM 13 Episod terbitan Luncai Emas, yang menceritakan tentang sejarah karya- karya agung lama Tanah Melayu seperti Hikayat Hang Tuah, Syair Siti Zubaidah, Gurindam 12, Sulalatus Salatin, Bustanus Salatin, Hikayat Merong Mahawangsa, Pelayaran Abdullah dan lain-lain lagi yang telah pun ditayangkan di RTM awal tahun ini.
SENANDUNG MELAYUKU
by Datuk M.Nasir
Godaanmu paduka ratu
Di wilayah bumi melayu
Ku damba petunjuk darimu
Bisa jadi penakluk kalbu
Tanah ini kampung kencana
Suburkan ia dengan fatana
Biar bertempik puncak kinabalu
Muntahan api karakatao
Adat dan kata hilang tak mungkin hilang
Sin syin sad … sini kau bersemenda
Sin syin sad … sini kau berpesaka
Sin syin sad … sini engkau bertanda
Sin syin sad
Aaa… aaa… aaa
Simbahkan karunia
Gema sakti irama nafiri
Dalam jiwamu ada seteru
Musnahkan ia jangan kau ragu
Jika bertembung akal dan nafsu
Pilihanmu hanyalah satu
Lepaskan ini engkau martabat ratu
Ribut laut dalam
Pandai malim lawan
Ribut kita tengkujuh badan
Jangan sampai karam
Asal kita dialah
Makam dia sayang
Asal kita dialah
Kita rindu rawan
Lagu: Datuk M.Nasir & Brad Parker
Lirik: Keon
Hak Cipta Lagu: Luncai Emas Sdn Bhd & BMG Publishing
Hak Cipta Lirik: Luncai Emas Sdn Bhd
Hak Cipta Rakaman: P2007 Luncai Emas Sdn Bhd
Godaanmu paduka ratu
Di wilayah bumi melayu
Ku damba petunjuk darimu
Bisa jadi penakluk kalbu
Tanah ini kampung kencana
Suburkan ia dengan fatana
Biar bertempik puncak kinabalu
Muntahan api karakatao
Adat dan kata hilang tak mungkin hilang
Sin syin sad … sini kau bersemenda
Sin syin sad … sini kau berpesaka
Sin syin sad … sini engkau bertanda
Sin syin sad
Aaa… aaa… aaa
Simbahkan karunia
Gema sakti irama nafiri
Dalam jiwamu ada seteru
Musnahkan ia jangan kau ragu
Jika bertembung akal dan nafsu
Pilihanmu hanyalah satu
Lepaskan ini engkau martabat ratu
Ribut laut dalam
Pandai malim lawan
Ribut kita tengkujuh badan
Jangan sampai karam
Asal kita dialah
Makam dia sayang
Asal kita dialah
Kita rindu rawan
Lagu: Datuk M.Nasir & Brad Parker
Lirik: Keon
Hak Cipta Lagu: Luncai Emas Sdn Bhd & BMG Publishing
Hak Cipta Lirik: Luncai Emas Sdn Bhd
Hak Cipta Rakaman: P2007 Luncai Emas Sdn Bhd
0 Comments