TV9 kembali dengan slot sukan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh peminat-peminat tegar bola sepak. Bagi memulakan semangat kesukanan dalam kalangan penonton setianya, TV9 memulakan slot sukannya dengan menyiarkan Kejuaraan B-23 AFF 2022 (ASEAN Football Federation U23 Championship).
Pasti ramai yang teruja dan tidak sabar menunggu perlawanan-perlawanan yang membabitkan skuad Bawah-23 Tahun Negara beraksi.
Kejuaraan B-23 AFF 2022 yang membabitkan 10 pasukan bawah-23 tahun dari negara-negara ASEAN ini akan berlangsung di Phnom Penh, Kemboja bermula dari 14 Februari ini hingga 26 Februari nanti.
Perlawanan-perlawanan ini akan berlangsung di dua stadium iaitu Stadium Visakha dan Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh.
Juara bertahan bagi kejohanan ini ialah pasukan Indonesia apabila mereka berjaya menewaskan pasukan Thailand 2-1 pada tahun 2019 yang turut berlangsung di negara yang sama iaitu Kemboja.
Namun kali ini Indonesia telah menarik diri daripada kejohanan ini kerana ada di kalangan pemain mereka yang didapati positif Covid-19. Adakah ini tiket kepada pasukan Malaysia untuk merangkul kejuaran ini?
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh;
Pasukan Malaysia diletakkan di dalam kumpulan B bersama-sama dengan pasukan Myanmar dan Laos. TV9 akan menyiarkan semua perlawanan kumpulan yang melibatkan pasukan muda Malaysia, perlawanan Thailand menentang Singapura, perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir.
Berikut adalah jadual perlawanan tersebut mengikut waktu Malaysia:
15 Februari/4.50 petang
Malaysia lwn. Myanmar
16 Februari/7.50 petang
Thailand lwn. Singapura
18 Februari/4.50 petang
Malaysia lwn. Laos
23 Februari/4.50 petang
Separuh Akhir 1
24 Februari/8.20 malam
Separuh Akhir 2
26 Februari/4.50 petang
Penentuan Tempat ke-3
26 Februari/8.20 malam
Perlawanan Akhir
Jangan lupa saksikan setiap perlawanan pasukan muda Malaysia yang disiarkan di TV9. Semoga pasukan Malaysia dapat menjulang piala Kejuaraan B-23 AFF 2022.
[KREDIT: TV9]

“Berita baik buat peminat tegar bola sepak tempatan kerana TV9 kini kembali menyiarkan perlawanan bola sepak setelah sekian lama.
"Bermula 14 Februari, TV9 akan menyiarkan Kejuaraan B-23 AFF 2022. Kami berusaha untuk merealisasikan permintaan penonton setia kami yang meminati sukan bola sepak supaya mereka dapat menyaksikan semua perlawanan yang melibatkan pasukan Harimau Muda. Semoga jurulatih pasukan negara (B-23), Brad Maloney dan pasukan muda Malaysia berjaya,” katanya.

0 Comments