KETIBAAN Tahun Baru Lunar menggamit perasaan orang ramai untuk berada di pangkuan keluarga dan berkongsi detik yang manis dengan mereka. Musim perayaan ini juga menandakan sebuah harapan dan permulaan baharu yang kita idamkan.
The Coffee Bean & Tea Leaf® ingin menyempurnakan detik-detik manis anda yang dikongsi bersama keluarga dan rakan taulan dengan minuman espresso asal tunggal khas dan minuman Ice Blended® yang baharu, berserta aneka juadah dan bekas minuman yang istimewa untuk memeriahkan lagi acara keramaian anda.
Ketua Unit Jualan & Pemasaran, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, Fiona Rodrigues, berkata;
“Di The Coffee Bean & Tea Leaf®, tumpuan kami adalah untuk mendekati dan memahami detik-detik kehidupan yang bermakna buat para pelanggan kami di mana kami menyediakan resipi tersendiri untuk minuman kami. Tahun Baru Lunar khasnya merupakan antara detik yang bermakna.
“Atas sebab inilah kami bergabung usaha untuk menjadikan sambutan Tahun Baru Lunar lebih istimewa, dengan memperkenalkan minuman baharu, menu-menu khas, dan bekas minuman bertema, dan kami berasa teruja untuk merungkaikannya kepada anda semua,” katanya.
Bukan itu sahaja, Salted Caramel Oat Milk Gibraltar Latte juga buat julung kalinya menggunakan biji kopi Colombia dari rantau Andes, Antioquia – dan hasilnya ialah latte yang kaya dengan aroma buah plum yang mempesonakan, turut diberi sentuhan mandarin, coklat susu, dan walnut.
Di samping kopi Salted Caramel Oat Milk baharu ini, anda juga bakal disajikan dengan kopi bermusim, Flores Green Dragon dari Indonesia.
Bagi penggemar teh pula, Jasmine Dragon Phoenix Pearl tersedia dalam cawan atau teko. Flores Green Dragon Indonesia dan Jasmine Dragon Phoenix Pearl juga boleh dibawa pulang untuk dihidangkan buat seisi keluarga bagi mereka yang ingin menikmati minuman-minuman ini dengan sepuas di samping insan tersayang.
Sudah pasti, bagi sesetengah individu, juadah-juadah unik juga menjadikan Tahun Baru Lunar mereka lebih istimewa. Kami di The Coffee Bean & Tea Leaf juga bersependapat sedemikian dan sebab itulah barisan pencuci mulut dan sandwic bertemakan Tahun Baru Lunar kami diperkenalkan termasuk Golden Prosperity dan Fortune Cookie, di mana ia membawa maksud membawa tuah!
Akhir sekali, untuk memastikan memori Tahun Baru Lunar kali ini tersemat dalam ingatan, anda juga boleh mendapatkan bekas minuman bertemakan tangerin oleh The Coffee Bean & Tea Leaf. Ia hadir dalam tiga bentuk dan saiz yang berbeza dan menarik untuk diisi dengan minuman pilihan anda!
Dinamakan ‘Wuxian Series’, set ini terdiri daripada (dari kiri ke kanan) Chill Wuxian, Fortune Wuxian, dan Clarity Wuxian. Bekas minuman ini akan mula dijual pada 20 Januari.
Semua tawaran Tahun Baru Lunar ini juga dapat dinikmati bersama aneka promosi istimewa. Dari 11 Januari hingga 11 April, anda hanya perlu membelanjakan RM10 untuk mendapatkan Gibraltar Latte atau Gibraltar Americano (panas/sejuk) di cawangan-cawangan kami, sempena Purple Hour Special yang akan berlangsung dari jam 3 petang hingga 6 petang pada hari minggu.
Bukan itu sahaja, pemegang The Coffee Bean (TCB) Card yang menambah nilai sebanyak RM128 ke dalam TCB Card masing-masing dari 24 Januari hingga 29 Januari boleh menikmati minuman Salted Caramel Oat Milk secara percuma.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, promosi serta perkembangan terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf, sila layari www.coffeebean.com.my .
Lembaran Fakta – Menu Khas Tahun Baru Lunar
Golden Prosperity
Gandingan raspberi, matcha dan kacang tanah yang sempurna untuk menjadikan detik yang dikongsi bersama lebih indah. Dijual dalam tiga saiz.
Orange Poppy Seed
Perisa sitrus buah oren dipadankan dengan biji kaskas; juadah yang menyelerakan bagi sesi minum petang anda.
Peaches & Cream Tart
Manjakan diri anda dengan buah pic Cina segar yang dibakar dengan sempurna, dipadankan krim yang benar-benar melazatkan. Disediakan dalam bentuk penuh (1.25 kg) dan potongan.
Fortune Cookie
Membawa tuah dengan setiap hidangan.
Kung Pow Chicken
Sensasi Sichuan resipi kami sendiri disediakan bersama kacang gajus panggang berserta daun bawang yang enak. - 7KLIK
[KREDIT: The Coffee Bean & Tea Leaf]
0 Comments