Hot Posts

6/recent/ticker-posts

"Sebenarnya... saya pun tertanya-tanya soalan yang sama dalam hati" - Goh Liu Ying


SELEPAS beberapa hari berdiam diri dan tidak memberikan sebarang respons berkenaan pengumuman rakan regunya, Chan Peng Soon berhubung perpisahan mereka sebagai pasangan dalam Regu Campuran Badminton Malaysia, Goh Liu Ying akhirnya bersuara. 

Menerusi satu hantarannya di laman Instagram, Liu Ying, 32, mengakui cukup terkesan dengan perpisahannya dengan Peng Soon sebagai rakan sepasukan selepas 13 tahun bersama mengharungi cabaran jatuh bangun dalam kerjaya mereka.

"Sepanjang kerjaya badminton saya, 90% bersama Peng Soon. Dari tiadanya acara beregu campuran, sampailah pencapaian Olimpik Rio 2016.

"Saya memang bukan pemain terbaik Malaysia, tetapi kerana adanya Peng Soon, barulah mulanya perjalanan beregu campuran kami berdua selama ini.

"13 tahun kami berpasangan, bunyi macam lama, tetapi sekelip mata sahaja telah pun berlalu. Kenangan pahit, kenangan manis, salah fahaman, harapan dan tekanan, keraguan, kecederaan and sebagainya, pelbagai cabaran dan rintangan telah kami berjaya mengatasi bersama," luahnya.



Dalam pada itu, Liu Ying yang terkenal dengan sikapnya yang cukup merendah diri itu menyifatkan Peng Soon, 33, sebagai rakan regunya yang terbaik, selain seorang teman yang mempunyai personaliti yang dikagumi.

"Kepada Peng Soon, ayah yang terbaik, suami yang terbaik, badminton partner yang terbaik, terima kasih kerana terus bersama saya, through the best times and the worst.

"Dengan ikhlas dan sepenuh hati, saya yakin kamu akan mencapai kejayaan lagi cemerlang selepas ini," katanya.



Menyentuh tentang hala tujunya selepas ini, jaguh badminton kelahiran Melaka itu mengakui masih belum membuat sebarang ketetapan.

Malah katanya, dia masih lagi belum mempunyai jawapan yang pasti dan memohon diberikan masa sebelum berkongsi perancangan masa depannya kelak.

"Ramai yang tanya jika Liu Ying sudah gantung raket? Sebenarnya saya pun tertanya-tanya soalan yang sama dalam hati, tetapi malangnya belum ada jawapannya.

"Bagilah Liu Ying sedikit masa. Terima kasih kepada semua atas sokongan anda selama ini.

"Ada berapa 13 tahun di sepanjang hidup ini. All the best, partner," katanya.










[KREDIT: Instgram Goh Liu Ying]

Post a Comment

0 Comments