CORNETTO membawakan pengalaman menikmati pencuci mulut yang baharu untuk rakyat Malaysia melalui aiskrim Cornetto Love Rose yang inovatif.
Cornetto Love Rose adalah penyatuan kon rangup yang merupakan identiti jenama ini dengan aiskrim berbentuk ros yang unik dan berkrim yang pastinya membangkitkan keceriaan deria rasa.
Aiskrim berbentuk ros yang sangat fotogenik ini menjanjikan pengalaman luar biasa buat peminat Cornetto. Dengan setiap gigitan, mereka akan dikejutkan dengan curahan kepelbagaian rasa yang menarik daripada aiskrim berperisa pic yang menyegarkan dan penuh berkrim dilapisi sos coklat pada dasarnya serta kon wafel yang rangup.
Pengalaman ini disempurnakan dengan kehadiran coklat di penghujung kon yang sangat dikenali sebagai identiti unik Cornetto.
“Kami amat teruja untuk memperkenalkan Cornetto Love Rose yang sangat lazat, inovatif, menyeronokkan dan juga boleh dijadikan hadiah unik sebagai alternatif kepada bunga ros yang sudah menjadi kelaziman.
"Kami berharap semua orang berasa gembira apabila menikmati aiskrim ini dan memanfaatkan masa tersebut untuk mengenali seseorang yang istimewa dengan cara yang sungguh bermakna.
"Memandangkan kita akan terus kekal di rumah pada waktu ini, Cornetto berbesar hati untuk sentiasa menawarkan lebih banyak pilihan aiskrim kepada pelanggan yang mampu mencetuskan perbualan antara individu,” kata Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan & Minuman Unilever Malaysia.
Peraduan Instagram Cornetto Love Rose di seluruh negara
Rakyat Malaysia berpeluang mempamerkan kreativiti mereka dengan menghantar gambar melalui Peraduan Instagram Cornetto Love Rose di seluruh negara dari 14 November hingga 25 Disember 2021.
Peserta berpeluang memenangi hadiah bernilai hingga RM16,000 termasuk hadiah wang tunai dan baucar Touch & Go.
Peserta hanya perlu melakukan perkara berikut:
1. Hantarkan gambar kreatif anda di Instagram melakukan gaya bentuk hati menggunakan jari ala Korea bersama aiskrim Cornetto Love Rose pada tangan sebelah lagi.
2. Sertakan kapsyen untuk gambar tersebut dengan menjawab soalan, Bersama siapakah anda ingin berkongsi Cornetto Love Rose?
3. Tag orang yang anda sayang dan @wallsmalaysia dalam entri penyertaan tersebut.
4. Pastikan terdapat tanda pagar #CornettoLoveRose dan #7ElevenMY dalam entri penyertaan untuk memenangi hadiah menarik.
5. Semua entri memerlukan bukti pembelian untuk tujuan pengesahan.
Aiskrim Cornetto Love Rose boleh didapati di kedai runcit di seluruh negara dan melalui platform e-dagang Lazada dan Shopee serta platform penghantaran makanan PandaMart. - 7KLIK
[CREDIT: Cornetto]
0 Comments