Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Joox lancarkan fitur terbaharu, Artist Room dan Superstar Fans Pick


JOOX, platform muzik dan hiburan yang paling berdedikasi di Asia, akan membuat perjumpaan di dunia maya dengan rakan-rakan peminat muzik menjadi lebih menarik dan menyeronokkan daripada sebelumnya. 

Fitur ROOMS yang telah di lancarkan beberapa bulan lepas dimana ianya bertujuan untuk meningkatkan interaktif sosial peminat muzik di rantau ini terutamanya di Malaysia telah menjadi semakin popular.

Oleh kerana itu JOOX dengan bangganya akan membawa peminat muzik di seluruh Asia untuk lebih dekat dengan idola yang paling mereka sayangi dan digemari melalui fitur terbaharu Artist Room, di mana pada masa yang sama memberi lebih banyak peluang kepada peminat untuk menyokong artis kegemaran mereka dengan pelancaran fitur Superstar Fans Pick.

Apakah anda telah bersedia untuk beberapa fakta trivia JOOX yang sangat memberangsangkan? JOOX ROOMS yang diadakan atas inisiatif peminat tempatan telah mengumpulkan lebih daripada 2,000 peserta dan ianya telah membuat Superstar Malaysia Datuk Sri Siti Nurhaliza untuk turut mengambil bahagian.

Fenomena yang sangat memberangsangkan ini juga dapat kita saksikan di Indonesia dimana JOOX Influencer Talk 101 telah mengumpulkan lebih daripada 20,000 pengguna dalam masa 1 jam sahaja, Yin War Rooms di Thailand menjangkau hampir 10,000 pengguna.

Manakala lebih daripada 6,000 peminat di Hong Kong telah memasuki ROOMS pada masa yang sama untuk menunjukkan sokongan padu mereka kepada dua ahli kumpulan MIRROR - salah satu kumpulan muzik tempatan mereka yang terhangat pada masa kini.

Memandangkan kejayaan ROOMS yang luar biasa, JOOX telah memberikan peminat muzik lebih banyak daripada apa yang mereka inginkan.

Fitur Artist Room terbaharu ini akan  membuat bilik persendirian untuk 200 artis paling popular di rantau ini, di mana peminat mereka dapat berinteraksi dengan rakan-rakan pencinta muzik lainnya sambil mendengarkan  50 lagu terbaik daripada setiap artis.

Apa yang lebih menggembirakan adalah idola kegemaran mereka boleh masuk ke Rooms dan mengadakan acara khas dengan peminat mereka.

Tidak sampai di situ sahaja, JOOX juga melancarkan fitur Superstar Fans Pick untuk para peminat yang berkeinginan untuk menyokong idola kegemaran mereka di ROOMS dimana peminat dapat menyokong artis kegemaran mereka tidak hanya dengan mendengar lagu mereka, mengirim hadiah, atau memberikan undian, tetapi kini mereka juga boleh menunjukkan sokongan mereka dengan menyertai bilik 'Artist Rooms' idola kegemaran mereka.

Artis paling popular harian dan mingguan akan diberikan paparan iklan di JOOX, sementara peminat setia akan diberi lencana kehormatan dan lencana timbalan kapten, sebagai bukti kesetiaan kepada idola kegemaran mereka.

Apabila itu tidak mencukupi untuk menjadikan JOOX ROOMS menjadi salah satu acara dunia maya yang terunggul untuk peminat muzik, maka dengan penaikan taraf fungsi pengurusan pengacaraan, dimana hos dapat mengundang pengguna lain untuk menjadi hos bersama dan bercakap ke seluruh ruangan.

Selain itu juga peminat kini diberi kuasa untuk membuat permintaan lagu kegemaran mereka. Lebih banyak fitur pengoptimuman seperti fungsi private chat dan quick chat juga telah tersedia, dimana kewujudannya telah menyediakan tempat untuk para peminat muzik berkongsi kecintaan mereka terhadap muzik di antara satu sama lain.


Poshu Yeung, Senior Vice President of JOOX, berkata; 

"JOOX sentiasa setia pada misinya menjadi platform striming muzik dan hiburan yang paling berdedikasi di Asia, dan itulah sebabnya kami selalu berusaha dengan sepenuh hati untuk menawarkan lebih banyak daripada apa diharapkan oleh peminat muzik di rantau ini terutamanya di Malaysia.

"Dengan pelancaran fitur  Artist Room dan juga Superstar Fans Pick terbaharu ini, kami berharap interaksi sosial dan acara melepak dalam dalam dunia maya antara pengguna JOOX akan menjadi lebih baik dan juga dapat menciptakan lebih banyak momen indah dengan muzik dari idola mereka, terutamanya apabila terdapat peluang untuk meluangkan masa dengan artis itu sendiri.

"Dan jika itu semua belum mencukupi bagi peminat muzik untuk memaksimumkan hiburan mereka, maka JOOX ROOMS juga telah melancarkan fungsi pengurusan pengacaraan yang telah dinaik taraf untuk meningkatkan pengalaman penggemar muzik secara keseluruhan," katanya.



Ingin mendapatkan berita menarik mengenai ROOMS? Penggunaan fitur ROOMS sangat memberangsangkan di Indonesia dimana mereka telah menggunakan fitur ini untuk berkongsi cerita seram, sementara sekumpulan sami di Thailand telah berkumpul untuk berkongsi kisah hidup mereka melalui fitur ini.

Bukankah itu sangat hebat? Jangan ketinggalan untuk menjadi sebahagian daripada komuniti ini dan dapatkan pengalaman yang lebih menyeluruh sekarang.

Berinteraksi dan bersosial dengan rakan anda sambil menikmati muzik artis kegemaran anda pada bila-bila masa dan di mana sahaja, dengan mengakses lebih banyak lagi fitur dan tawaran JOOX yang tiada tandingannya.

Muat turun aplikasi mudah alih atau desktop JOOX di Apple App Store dan Google Play Store, atau layari laman sesawang JOOX website sekarang. - 7KLIK



[KREDIT: Joox]






Post a Comment

0 Comments