Hot Posts

6/recent/ticker-posts

DOLLA SEMAKIN BERANI!



KEHADIRAN ‘band girl’ Dolla semakin diterima baik dan  mendapat  tempat  di  hati  peminat  muzik  tempatan.  Dari  single  pertama  mereka,  Dolla Make You Wanna kumpulan dianggotai empat wanita ini berjaya mencipta fenomena.

Bakat  dan  keunikan  yang  dimiliki  Dolla  sekali  gus  menepis  tanggapan  segelintir  pihak  yang melihat kemunculan mereka ini hanya sekadar ‘menjual’ rupa dan penampilan semata-mata.

Namun,  siapa  sangka  sangkaan  itu  meleset  berdasarkan  beberapa  pencapaian  yang  diraih menerusi  beberpa  single  yang  dilancarkan  selepas  itu.  Malah,  single  Raya  Raya  Raya  yang dilancarkan sempena sambutan Aidilfitri lalu menjadi siulan ramai selain trending di YouTube dan pelantar muzik digital.

Tidak  mahu  membiarkan  peminat  ternanti-nanti  apa  lagi  kelainan  yang  bakal  ditampilkan, Dolla yang dianggotai Wan Sabrina Wan Rusli (Sabronzo); Tabitha Ariel Lam (Tabby); Angelina Chai Ka Ying (Angel); dan Noorsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya) muncul dengan buah tangan terbaharu berjudul Berani.

Sabronzo, 26, yang mewakili Dolla berkata, lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh John Jeevesdan Firdaus Rahmatitu sedikit berbeza daripada kebanyalan single mereka sebelum ini.

“Dari teaser yang Dolla sudah muat naik di Instagram, boleh dengar yang instrumental lagu ini memang lain. Malah, vibe dan genre juga lain daripada lagu yang Dolla buat sebelum ini. Dalam erti kata lain, kali ini kita buat ia perlahan sedikit.

“Mungkin peminat Dolla akan tertanya-tanya kenapa single kali ini berbeza dari segi susunan muzik.  Bagi  saya,  Dolla  juga nak  tunjukkan  sisi  lain  yang  selama  ini  ramai  tidak  tahu terutamanya dalam muzik ini. Paling penting, kami mahu buktikan Dolla juga versatil sebagai grup M-Pop,” katanya.


Berkongsi lanjut mengenai single Berani itu, Dolla pernah muncul menerusi telefilem yang mengisahkan   kehidupan   mereka   iaitu   Dolla   Watch   Me   Glow berkata,  lagu Berani mengisahkan mengenai pemerkasaan wanita melalui sistem sokongan.

“Lagu Berani ini  ditujukan  kepada  wanita  dan  mahumengangkat  martabat  wanita  itu menerusi semangat juang dengan bangkit melawan penindasan dan ketakutan.

"Pada zaman ini,  seseorang  wanita sudah  perlu  keluar  dari  segala  ketakutan  dengan menggantikannya dengan  berani  dan  menunjukkan  kepada  dunia  bahawa  dia tidak  takut,  dia  berani  dan berdikari. Wanita perlu berani.

“Jadi, jelas tema yang ingin disampaikan dan diketengahkan menerusi lagu ini adalah semangat dan membangkitkan keberanian dalam diri wanita. Bukan apa, hari ini masih ramai wanita  yang  takut  untuk  berubah  kerana  berasakan  diri  mereka  lemah. Disebabkan  itu, wanita perlu sentiasa ada sokongan yang kuat dari orang sekeliling,” katanya.


Bagi  Sabronzo  juga,  tema  yang  diketengahkan  dalam  lagu Berani itu  ditujukan  khas  buat peminat  setia  mereka  yang sudah  banyak  memberikan  sokongan  dari  awal  kemunculan Dolla.

“Jadi apa  yang membuatkanlagu iniistimewa  adalah  Dolla  menjadikan  lagu Berani ini sebagai  lagu  dedikasi  buat  seluruh  peminat  kami  yang  digelar iDolla yang sudah  setia memberikan sokongan dan sentiasa berada bersama kami.

“Itu sudah cukup memberikan motivasidan  inspirasi  kepada  kami  untuk  terus  berjaya  dan memberikan yang terbaik dalam bidang muzik ini.”

“Jadi, harapan Dolla  adalah  semoga iDolladan  peminat  muzik  tempatan boleh menghargai dan enjoy dengan lagu Berani ini. Paling penting juga harapnya pendengar dapat menerima sisi lain Dolla dalam lagu ini,” katanya.


Dalam  perkembangan  lain,  Sabronzo  mengakui  Dolla  teruja  untuk  kembali  memeriahkan industri muzik tanah air selepas semua aktiviti seni dan persembahan dibenarkan beroperasi.

“Sekarang  Dolla memangsudah  ada merancang untuk membuat  persembahan  secara langsung untuk beberapa acara. Jadi, kami sangat teruja sebab dapat membuat persembahan semula untuk semua. Dalam masa sama, menerusi lagu Berani ini kami boleh fokus dari segi vokal.

“Selain itu, buat masa sekarang kami mahu memberi fokus pada lagu Berani ini dahulu dan dalam masa sama ada lagu baru lain yang sedang dalam proses pembikinan,” katanya.


Berkongsi lanjut mengenaivideo muzik (MV) Berani yang diarahkan oleh Thaqif Saadon itu, Sabronzo berkata terdapat beberapa faktor yang menjadikan MV ini lain daripada yang lain.

“Pertama adalah pengunaan medium animasi dalam menggambarkan Dolla dalam suatu alam yang  berbeza. Dengan masa  yang  diberikan,  kami  sepenuh  tenaga  mengumpulkan  segala kudrat   untuk  menghasilkan   MV   yang   kami   percaya   akan   mengangkat   martabat   MV berkonsepkan animasi kepada aras yang lebih tinggi.

“Dari segi teknikal juga, kami mengaplikasikan beberapa teknik baharu dalam membolehkan dan  membuka  kunci  kepada  apa  yang  kami  ingin  sampaikan  dari  imaginasi  kami  ke  dalam bentuk visual.

"Perkara itu adalah pengunaan Projeksi 2D keatas bahan 3D membolehkan kami melakukan adengan dan juga animasi yang kami tidak boleh sebelum ini.

“Dari segi penyampaian cerita juga, kami cuba yang terbaik untuk menyampaikan suatu cerita fantasi  yang  bergantung  kepada  penonton  untuk  huraikan  dan  impretasikan  diri  mereka sendiri,” katanya.


Sabronzo berkata, MV Berani mengambil masa duabulan untuk disiapkan dimana tempoh sebulandiambil bagi produksi untuk menghasilkan MV ini.

“Perancangan  bagi  MV  ini  adalah  mengikut  prosedur  yang  kami  tetapkan  di  dalam  cara pembikinan  dalaman  kami  sendiri. Ia  boleh  dibahagikan  kepada tiga fasa  iaitu fasa pra produksi,  produksi  dan   post  produksi. Pada  peringkat  praproduksi adalah  fasa  yang merangkumi  Storyboard,  Character  Design, Background  Design  dan  sebagainya.

"Dasarnya adalah  untuk  mengorak  langkah  dengan  teliti  dari  adegan  kepada  adegan  yang  seterusnya untuk memastikan kejayaan projek.

“Fasa produksi pula merangkumi  animasi,  lukisan latar  belakang,  penyediaan asset  3D dan lain-lain.  Ia diakhiri  dengan  pemeriksaan  kualiti  oleh  pihak  yang  bertangungjawab  sebelum aset itu dibawa ke peringkat seterusnya.

“Pada proses akhir ini adalah pengumpulan kesemua aset untuk visual yang terakhir. Mereka juga  bertangungjawab  dalam  mencantikkan  dan  membolehkan  visual  dan  warna-warna  di dalam MV ke tahap yang terbaik.

"Kemudian mereka akan ‘export’ MV dalam format yang ditetapkan sebelum dihantar untuk pemeriksaan terakhir kepada klien,” katanya.



Apa yang pasti, besar harapan Dolla agar lagu dan MV Berani ini diterima baik peminat.

“Secara keseluruhan seramai lapan orang terbabit dalam pembikinan MV ini. Mereka terdiri daripada  kerjasama   bersama Atypical   Visual dengan Studio   Firepulse;   Atypical   Visual: pengarah Thaqif Saadon; penerbit Zulfadhli dan dari Studio Firepulse (3D and BG department) Hakeem Roshdi, Amirul Najihan, (2D department) Imran Mansur, Nabila Nazmi, Syazwina Ali, dan Sabrina Sofiadin.

“Harapan Dolla agar industri animasi dan juga MV inidapat berkembang lebih besar dan maju. Ia hanya dapat dicapai jikalau penonton terus menyokong, dan berikan kami peluang untuk membuktikan   yang   Malaysia   juga   mempunyai   daya   tenaga   untuk   mencipta   MV   aras antarabangsa,” katanya.



Terdahulu,  pada  Mei lalu,  Dolla  menerima  penghargaan  daripada Samsung  apabila wajah mereka  telah  diabadikan  sebagai  lukisan  mural  yang  terletak  di  Jalan  Tun  H.S.  Lee,  Kuala Lumpur.

Dengan  ini,  pihak  Universal  Music  Malaysia  ingin  mengumumkan  single  terdahulu  Impikan Berjaya mendapat Anugerah Platinum berdasarkan jualan strim mereka melebih RM200,000 di Malaysia.

Perkembangan lain, Dolla menjadi artis ketiga tanah air muncul di Billboard New York Times Square pada 20 September lalu.

Dalam masa sama, Dolla turut dilantik sebagai antara duta Spotify equal SGMY. Single Berani yang  turut  mendapat  sentuhan  John  Jeeves selaku  penerbit  dan  penggubah dilancarkan secara rasmi di semua platform muzik digital pada 24 September.

Serentak itu, video muzik boleh boleh ditonton di saluran YouTubeDollaVEVO.


[KREDIT: Universal Music Malaysia]






Post a Comment

0 Comments