RADIO Televisyen Malaysia (RTM) sememangnya berbesar hati dapat berkongsi kejayaan yang cipta oleh rakyat negara ini terutama ketika seluruh negara berada dalam sambutan bulan Kebangsaan ini.
Terbaru RTM tampil dalam program majalah yang memaparkan antara individu-individu yang memberi sumbangan serta kejayaan dalam pembangunan serta kelestarian di Sabah dalam pelbagai bidang.
Menerusi program diberi judul Local Heroes mulai 25 Ogos ini, setiap Rabu, jam 5.30 petang di TV Okey, penonton bersama-sama gandingan hos Amy Dangin dan Hazli Bojili mengumumkan 13 nama individu berjaya tersebut.
Menariknya perkongsian episod pengenalannya mengundang Adzmin Fatta yang berkecimpung dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Seterusnya menjemput tetamu Japson Wong yang juga seorang pejuang dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Japson Wong bercerita kisah zaman mudanya bahawa dia dilatih dalam bidang biologi marin dan minatnya ialah untuk upcycling barang-barang buangan secara kreatif.
Kisah Ann ‘Athena’ Osman, peninju MMA (Mixed Martial Art Fighter) wanita Malaysia yang terulung dan pernah memenangi ONE Fighting Championship di Abu Dhabi turut menyusul dalam episod berikutnya.
Seterusnya Cheong Kok Ann merupakan seorang arkitek, penyanyi dan komposer adalah salah seorang pengasas Society of Performing Arts Sabah dan pengasas KK Jazz Festival. Ada juga perkongsian pasangan suami isteri Juhaidah Joemin dan Zeno Gabing adalah pengasas Giggle Garage Studio yang berkecimpung sebagai pembekal kandungan kreatif dalam bentuk animasi.
Ikuti episod mengundang Brenda Anelia Larry dan jurulatihnya Eva Wong. Brenda Anelia Larry telah terpilih untuk bertanding dalam acara renang di Tokyo Paralympic Games yang akan datang.
Penonton juga diajak berkongsi inpirasi Mary Jim yang mencurahkan khidmat baktinya dalam keusahawanan sosial. Mary Jim menyediakan latihan kemahiran dalam jahitan dan penghiasan.
Seterusnya McWesley ‘Koro’ Widin yang menyumbang khidmatnya kepada masyarakat dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. McWesley yang mendapat gelaran ‘Elephant Whisperer’ menasihatkan bahawa masyarakat perlu menghormati dan menyayangi kehidupan liar.
Inspirasikan juga kejayaan milik Christopher adalah pengasas Synergy Dance Theatre yang berkecimpung dalam seni persembahan melalui tarian, Jassica Lintanga dan Adelina Lintanga merupakan pelari ‘ultramarathon’ yang bercerita tentang minat mereka terhadap sukan ini sejak mereka berjaya dalam Salt Trail Challenge, anjuran Mercy Malaysia.
Tiga lagi kejayaan turut diukir oleh Dr Wong Siew Tie seorang pejuang dalam pemeliharaan dan pemuliharaan spesis hidupan liar beruang matahari. Dr Wong Siew Tie adalah pengasas Bornean Sun Bear Conservation Centre di Sepilok.
Diikuti Pasukan Moon Child yang terdiri daripada tujuh anggota. ‘E-sukan’ ialah sukan elektronik yang mempertandingkan permainan video melalui komputer atau peranti mudah alih.
Episod akhir membawa kisah Rizo Leong dan Memento Jack. Kedua-dua jaguh kreatif ini adalah pengasas kumpulan ‘Pangrok Sulap’ yang berkecimpung dalam memperkasakan masyarakat tempatan melalui seni lukis dan muzik.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.
[KREDIT: RTM]
0 Comments