Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SUMBANGAN PANDEMIK YKAT KEPADA ARTIS TANAH AIR


BENCANA 
pandemik Covid-19 kian hari tidak nampak akan surutnya. Keadaan ini memberi kesan amat mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia.


Ini termasuklah golongan seni tanahair yang mana punca pencarian pendapatannya tersekat sehingga sukar menjalani kehidupan seharian seterusnya bagi menanggung kaum keluarga.

Sejak bencana ini melanda pada tahun lalu, pihak Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) telah tampil dalam membantu rakan-rakan artis yang terkesan. Sehingga Jun 2021, bantuan secara lima peringkat telah diberikan kepada artis-artis di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Bantuan peringkat keenam telah diberikan pada 12 dan 13 Julai, di mana YKAT memberikan sumbangan berbentuk barangan kering seperti beras 20kg, minyak masak 5kg, bawang merah, bawang putih, cili, gula, bihun, teh, biskut, roti, buah-buahan dan beberapa lagi.

Seramai 20 artis menerima sumbangan barangan kering berjumlah RM200 ini setiap seorang. Ini bermakna, YKAT memperuntukkan RM4,000 untuk bantuan Covid-19 peringkat keenam kali ini. Bantuan telah dihantar ke rumah masing-masing oleh pihak Lulu Market.

Penerima bantuan pada kali ini adalah Ramesh a/l Rajan, Aai Samudera, Mus Kemala, Sathia, M Jamil, Gan Chu Lian, Chef Yang Jamil, Sivaperuman a/l Muniandy, Raman a/l Nagappan, Samala a/p Appunie, Balakhrishnan a/l R. Sinniah, Wong Seong Kin, Jaafar Onn, AR Badul, Leong Ah Kau, Ng kim Ying, Hon Yit Sin, Shima, Roy Ratnaku dan Margerat Gan.

Pengurusan YKAT yang dianggotai oleh lapan orang Pemegang Amanah iaitu Datuk DJ Dave, Datuk M Nasir, Datuk Nash, Datuk Yusof Haslam, Datuk Nancie Foo, Maj Gen Datuk Hj Khairudin, Dr. Kanagarajan dan  Colin Edmonds.

Menurut Datuk DJ Dave, apa yang diharapkan bantuan tersebut dapat meringankan bebas golongan artis terjejas.

“Alhamdulillah sehingga kini, kami masih berusaha untuk membantu rakan-rakan artis dalam pelbagai bentuk seperti kewangan dan barangan dapur. Kami berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.

"Kami faham akan situasi yang anda lalui, lebih-lebih lagi ada mereka yang terpaksa menanggung keperluan keluarga. Kita berharap agar bencana ini segera berakhir supaya kami (artis-arits) boleh bergerak bagi mencari pendapatan seperti biasa,” ujarnya.



[KREDIT: YKAT]

Post a Comment

0 Comments