RAINFOREST World Music Festival (RWMF) kembali membawakan keseronokan selama tiga hari dari 18 hingga 20 Jun 2021, kali ini secara maya dan percuma.
Persembahan tahun ini akan disiarkan melalui Shopee Live bermula jam 6 petang, memberikan akses kepada berjuta-juta rakyat di seluruh negara untuk menikmati festival muzik ini dari rumah mereka sendiri, berikutan penobatan Shopee sebagai Rakan E-dagang Rasmi.
Sejak tahun 1998, RWMF telah berkembang menjadi acara yang dinanti-nantikan setiap tahun. Acara ini meraikan budaya dan warisan melalui gubahan muzik indah.
Setiap tahun, pengunjung festival dari seluruh dunia akan berkumpul di kaki Gunung Santubong di Sarawak untuk menikmati kepelbagaian muzik dunia melalui bengkel, pameran budaya serta kraftangan, makanan, dan konsert. Tahun lepas, pesta ini dibatalkan berikutan penularan wabak Covid-19.
Rainforest World Music Festival 2021 Virtual Experience akan menampilkan barisan artis yang menarik: Alena Murang, artis kelahiran Borneo yang berbangsa Dayak-Eropah yang baru-baru ini telah mengeluarkan album berjudul Sky Songs; KEMADA, Sang Rawi, Mathew Ngau, At Adau, Suk Binie’, Nading Rhapsody dan juara Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) Tuku‘ Kame’.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak, Sharzede Datu Hj Salleh Askor, berkata,
“RWMF adalah sebuah acara berprestij yang menyatukan masyarakat melalui muzik dan budaya, sambil memperkenalkan mereka kepada keindahan dan permata negeri Sarawak.
"Sesi temu ramah bersama para pemuzik, pemberian hadiah, pertunjukan persembahan dari tahun-tahun lalu dan banyak lagi juga akan diadakan.
"Walaupun kami tidak dapat mewujudkan pengalaman dan suasana persembahan secara langsung, kami berharap para peminat dan rakyat Malaysia masih dapat menikmati acara yang menyeronokkan ini bersama keluarga mereka di rumah," katanya.
Selain daripada RWMF, Borneo Jazz Festival (BJF) tahun ini yang akan berlangsung pada hujung minggu berikutnya turut akan disiarkan melalui Shopee Live.
Para penonton akan dihiburkan oleh barisan pemuzik jazz termasuk Clinton Jerome Chua, O-Ha Soul Band, Nisa Addina, Ta'Dan dan “Prince of Borneo” - Pete Kallang, dari 25 hingga 27 Jun pada jam 6 petang.
Untuk mewujudkan pengalaman maya yang lebih menarik lagi, Lembaga Pelancongan Sarawak telah membuka kedai rasminya di Shopee untuk menampilkan produk-produk dari kedua-dua acara RWMF dan BJF.
Ini termasuk baju-T Edisi Terhad RWMF dan BJF, Pelitup Muka Batik Linut Edisi Terhad, Pelitup Muka Bercorak Batik Edisi Terhad dan produk-produk istimewa lain dari Bumi Kenyalang.
Para peminat juga dapat menikmati baucar kedai dengan potongan harga hingga RM8, subsidi penghantaran hingga RM13 dan Pulangan Tunai Syiling Shopee terhad kepada RM5 apabila mereka membeli dari kedai tersebut.
Sementara itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho, berkata,
"Kami memahami bahawa RWMF dan BJF yang dinanti-nantikan akan berlangsung secara maya buat pertama kali dan kami amat teruja untuk menyiarkan acara-acara muzik ini di Shopee Live kepada rakyat Malaysia di seluruh negara.
"Sokongan kami kepada bakat-bakat tempatan tidak terhad kepada teknologi sahaja, malah kami turut akan mempamerkan produk-produk unik dari Sarawak.
"Memandangkan kedua-dua acara muzik ini berlangsung seiring dengan 7.7 Jualan Tengah Tahun kami, kami akan mengambil peluang ini untuk memacu jualan bagi para penjual Sarawak dalam tempoh ini, di mana semua orang dapat berhibur dengan pengalaman maya RWMF dan BJF sambil menikmati Laksa Sarawak, kolo mee dan teh 3 lapis di rumah.
"Masukkan sahaja perkataan ‘Sarawak’ di bar carian Shopee untuk menemui lebih banyak produk.
"Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Lembaga Pelancongan Sarawak serta semua pemuzik untuk pengalaman maya ini," katanya.
Sambil menonton festival-festival ini, rakyat Malaysia juga dapat mengambil peluang untuk menikmati penghantaran percuma dengan pembelanjaan minimum RM0, Pulangan Tunai Syiling Shopee 120%, 7.7 juta baucar dengan penjimatan hingga 77%, serta memenangi sebahagian daripada 27 juta Syiling Shopee dan sebuah PlayStation 5 semasa 7.7 Jualan Tengah Tahun dari 18 Jun hingga 7 Julai.
Pada 25 Jun Jualan Hari Gaji dan 7.7 Jualan Tengah Tahun, para pengguna akan dapat menikmati Limited Time Deals, Limited Time Vouchers, dan Super Brands Spotlight daripada ribuan jenama dan penjual bermula dari jam 12 tengah malam.
Tontoni Shopee Live pada setiap malam minggu jam 8 malam untuk menyaksikan permainan Shopee Guess The Price dan jangan lepaskan peluang untuk memenangi wang tunai sebanyak RM5,000.
Gandakan peluang anda untuk menjadi pemenang pada 18 dan 25 Jun serta 7 Julai di mana episod tambahan pada jam 12 tengah hari pada tarikh-tarikh ini akan disiarkan.
Para penonton juga tidak akan pulang dengan tangan kosong. Mereka dapat meneka harga produk dengan betul bersama para peserta dan memenangi sebahagian daripada lebih 100,000 Syiling Shopee!
Keseronokan dan permainan-permainan diteruskan dengan 7.7 Mid Year Sale Show pada 6 Julai dari 9 malam hingga 11 malam di Shopee Live dan TV3.
Rancangan ini menampilkan program yang padat dengan hadiah menarik bernilai hingga RM70,000 serta 7,777,777 Syiling Shopee untuk dimenangi melalui permainan Shopee Shake - Battle Mode dan Shopee Lucky Code.
Saksikan persembahan oleh selebriti-selebriti tempatan dan tuntut baucar eksklusif semasa sesi Mega Voucher Drops.
Untuk maklumat lanjut mengenai RWMF serta BJF di Shopee Live, dan barangan edisi terhad, layari https://shopee.com.my/m/rwmf-shopee-live
[CREDIT: Shopee]
0 Comments