Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Nescafé Edisi Kopitiam, 2 variasi baharu bikin hati makin tertawan



KEPADA semua penggemar kopi di Malaysia, adakah anda bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu?

NESCAFÉ Sedia-Untuk-Diminum telah menjenamakan semula rangkaian minuman kopi tempatannya kepada Edisi NESCAFÉ Kopitiam. Bersempena dengan ini, dua variasi baharu telah diperkenalkan iaitu NESCAFÉ Kopi Cham dan NESCAFÉ Kopi-C.

NESCAFÉ Kopi Cham merupakan kombinasi teh dan kopi, manakala NESCAFÉ Kopi-C pula adalah adunan kopi dan susu yang lebih halus. Kedua-dua perisa ini telah diiktiraf sebagai minuman yang paling digemari di kopitiam tempatan.

Diinspirasikan oleh hiasan dalaman kopitiam Malaysia, rekaan baharu tin dalam edisi ini mencerminkan simbol nostalgia yang bertumpukan kepada warisan. Klasik namun trendy, NESCAFÉ berikhtiar untuk mengembalikan kenangan silam buat rakyat Malaysia agar warisan ini dapat terus dipelihara dan dibanggakan.

Menurut Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-Untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad, April Wong, NESCAFÉ sentiasa memberikan yang terbaik untuk pelanggan setianya.

“Di NESCAFÉ Sedia-Untuk-Diminum, kami berusaha untuk memastikan keselesaan dan keterangkuman rakyat Malaysia apabila menikmati minuman kopi tempatan kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

"Berdasarkan permintaan yang semakin meningkat untuk perisa kopi tempatan dan populariti Kopitiam, kami memperkenalkan NESCAFÉ Kopi-C dan NESCAFÉ Kopi Cham, bersama-sama keseluruhan produk kopi tempatan yang telah dijenamakan semula dalam Edisi Kopitiam ini,” katanya.


Setelah sekian lama dikenali dan disayangi oleh semua rakyat Malaysia, NESCAFÉ menyasarkan untuk merealisasikan konsep tersebut dengan memperkenalkan gaya kontemporari untuk penggemar kopi tegar tanpa mengkompromikan keasliannya.

Penjenamaan semula rangkaian kopi tempatan sedia ada di bawah Edisi NESCAFÉ Kopitiam turut merangkumi NESCAFÉ Tarik, NESCAFÉ Tarik Kaw, NESCAFÉ Kopi-O, NESCAFÉ White Coffee dan NESCAFÉ Ice.

Edisi NESCAFÉ Kopitiam kini boleh didapati di seluruh negara di kedai-kedai yang turut serta dan platform perniagaan online seperti Lazada dan Shopee. 

Selain itu, edisi NESCAFÉ Kopitiam telah bekerjasama dengan Bingka KL, untuk merchandise edisi khas yang boleh  didapati melalui E-commerce dan roadshow kedai. - 7KLIK

Nikmati Detik Kopitiam Anda, di mana sahaja dengan NESCAFÉ Kopitiam!
#NescafeKopitiam
#NescafeKopitiamSeries
#NescafeKopitiamMoments
#MakeYourKopitiamMomentsWithNescafe 


[KREDIT: NESCAFÉ Kopitiam]





Post a Comment

0 Comments