MISI mengambil gambar kecantikan Malaysia pada waktu malam dikongsikan seorang jurufoto bernama Zahid dalam program Semalam di Malaysia mulai 14 Mac ini, setiap Ahad, jam 6 petang di TV1.
Dalam 26 episod siarannya, Zahid berkongsi keindahan alam ciptaan Allah menerusi foto-foto yang diambil namun yang mengujakan pastinya bila mana ia menonjolkan panorama indah waktu malam yang jarang-jarang dipilih untuk merakamkan momen tersebut.
Tahukah anda apa itu Bagang? Bagang adalah sebuah sangkar atau alat menangkap ikan menyerupai rumah kecil yang diperbuat daripada pokok nibung atau buluh tanpa menggunakan paku tetapi diikat menggunakan tali nilon bersaiz besar.
Ia antara menarik pengalaman yang dicuba oleh Zahid bermalam dalam bagang dalam salah episod menonjolkan kehidupan nelayan Bagang di Indrasabah, Tawau, Sabah. Titik peluh mencari rezeki di laut satu pengajaran untuk diselami erti bersyukur dengan apa yang kita ada hari ini.
Saksikan juga panorama indah dan unik dalam episod lain seperti mendekati kehidupan kaum Bajau Laut di Pulau Maiga, Semporna, Sabah, mengetahui keunikan struktur batu yang tersendiri di Balung Cocos Tawau, Sabah, dan panorama indah paya bakau dengan kelip-kelip pada waktu malam di Kampung Dew yang terletak di kawasan Eko Pelancongan Kuala Sepetang juga melihat matahari terbenam di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Lebih menarik lagi pengalaman bermalam di Pulau Sibu, Johor, Tanjung Tuan, Melaka, Pulau Tambun Mata, Semporna, Sabah, Tempasuk Kota Belut, Sabah, Bukit Keluang, Tandop, Kedah, Cameron Highland, Pahang, Kuala Perlis; Empangan Timah Pasoh dan Padang Besar di Perlis, dan Pulau Penyu di Sabah.
[KREDIT: RTM]
0 Comments