PENYANYI Ashira Aziz dan Bad Indigo selamat melangsungkan pernikahan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada Khamis.
Dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Syed Abd Aziz dengan dua kali lafaz, Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 36, kini bergelar isteri kepada Bad atau Badrul Izhan Yeop Abdullah, 46.
"Alhamdulillah majlis kami berjalan lancar dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua belah pihak.
"Semuanya mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan," ujar Ashira yang menerima mas kahwin befrupa sebentuk cincin.
Ashira menerusi perkahwinan terdahulu memiliki seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi, 15. Manakala Bad pula merupakan bapa tunggal kepada Rayyan, 12, dan Rania, 11.
Menurut Bad, kedua-dua anaknya menerima baik kehadiran Ashira.
"Anak-anak terbuka menerima Ashira dan kini memanggil Ashira sebagai mom," katanya.
Pasangan ini mula berkenalan selepas menyertai porgram Gegar Vaganza muzim ketujuh (GV7) sekitar Oktober tahun lalu.

Selamat pengantin baharu Ashira, Bad!
0 Comments