Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sunway Mall's ‘hulur tangan’ buat warga Malaysia kurang bernasib baik


SEMPENA Sempena musim perayaan ini, Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway) sedang berusaha untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan menerusi inisiatif Sunway Malls ‘Niu’ Hope Charity.

Ketika rakyat Malaysia membuat persiapan untuk menyambut ketibaan Tahun Baharu Cina, ada antara kita yang kurang bernasib baik kerana terjejas akibat kes banjir yang semakin meruncing di negeri-negeri seperti Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan dan Johor.

Sepanjang beberapa minggu yang akan datang, para keluarga yang terkesan perlu mencari tempat berlindung di pusat pemindahan sehingga banjir menyurut agar mereka dapat pulang semula ke rumah masing-masing.

Atas semangat keihsanan dan #KitaSupportKita, Sunway Malls memainkan peranan dengan mendorong rakyat Malaysia untuk menyalurkan sumbangan bagi membantu keluarga yang terjejas ini.

Sepanjang bulan Januari, dan ada antaranya yang berlanjutan sehingga Februari, Flood Aid oleh Sunway Malls, menerusi usaha sama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, telah menganjurkan gerakan untuk mengumpulkan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh 21,000 individu yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di seluruh negara, termasuk membantu keluarga yang kurang bernasib baik menerusi The Lost Food Project.

“Setiap tahun mempersembahkan sebuah permulaan baharu, dan di Sunway Malls, tahun baharu kali ini juga membawakan sebuah azam sebagai sumber untuk mengatasi segala batasan. 

Kami ingin meneruskan usaha penyaluran bantuan kepada golongan ini, dan berbekalkan sumbangan ikhlas rakyat Malaysia, kami yakin bahawa kita mampu mencetus perubahan positif serta memperbaiki kehidupan insan lain ketika detik yang mencabar ini,” ujar HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks.


Sumbangan yang diperlukan meliputi lampin dewasa, lampin bayi, pad sanitari, pek biskut, air mineral, uncang teh, mi cawan segera, batik, tuala mandi ringan, seluar dalam berciri pakai buang, tisu basah, pek minuman, dan lain-lain.

Peti-peti sumbangan khas telah ditempatkan di sekitar pusat-pusat beli-belah yang terpilih, iaitu Sunway Pyramid, Putra Mall, Velocity Mall, Carnival Mall, Big Box Mall serta Giza Mall, dan warga umum boleh meletakkan barangan yang ingin disumbang di sini.

Bagi warga umum yang tidak dapat mengunjungi pusat beli-belah berkenaan ketika PKP, sumbangan boleh dibuat menerusi aplikasi Sunway Pals dengan Sunway Pay.

Tiga pakej sumbangan yang berbeza dari segi nilai boleh dipilih oleh warga umum, dan ia mengandungi barangan seperti lampin, tisu basah, gel mandian dan lain-lain. Setelah sumbangan dibuat, barangan tersebut akan dibeli dan diagihkan menerusi inisiatif ini. - 7KLIK



[KREDIT: Sunway Mall's]








Post a Comment

0 Comments