Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SITI NURHALIZA, BTS UNGGULI JOOX MALAYSIA TOP MUSIC AWARDS 2020



TAHUN 2020 merupakan tahun yang paling mencabar buat semua orang terutamanya mereka yang bergiat di dalam industri muzik.

Di sebalik semua rintangan yang mereka hadapi, para seniman dan produser tetap setia berkarya dengan sepenuh hati, mencipta muzik hebat untuk dinikmati semua orang.

Platform penstriman paling berdedikasi di Asia, Joox mengumumkan pemenang anugerah JOOX Malaysia Top Music Awards 2020, yang memberi pengiktirafan kepada usaha dan pencapaian para penggiat muzik tempatan sepanjang tahun lalu.

Anugerah ini terbahagi kepada tiga bahagian:
1. Year End 2020 (berdasarkan jumlah penstriman dari 1 Julai hingga 31 Disember 2020)
2. Full Year 2020 (jumlah penstriman dari 1 Januari hingga 31 Disember 2020)
3. Most Popular Awards (undian pengguna JOOX Malaysia).


Senarai Pemenang Utama di Malaysia

Diva Malaysia - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Pemenang utama adalah diva Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang membawa pulang enam anugerah tahun ini.|

Anugerah tersebut ialah Artis Lokal Paling Popular, Top 5 Artis Lokal (Hujung Tahun 2020) dan Top 5 Artis Lokal Tahun 2020. Manakala lagu Aku Bidadari Syurgamu dendangan Siti Nurhaliza pula berjaya merangkul anugerah Lagu Lokal Paling Popular, Top 5 Hit Lokal (Hujung Tahun 2020) dan Top 5 Hit Lokal Tahun 2020.


Artis Antarabangsa Paling Digemari - Justin Bieber
Bintang pop antarabangsa, Justin Bieber juga berjaya menjadi salah satu pemenang utama dengan merangkul lima anugerah.

Justin Bieber dinobatkan sebagai Top 5 Artist Antarabangsa (Hujung Tahun 2020) dan Top 5 Artist Antarabangsa Tahun 2020. Sementara lagu nyanyiannya Lonely yang menampilkan Benny Blanco menerima anugerah Top 5 Hit Antarabangsa Tahun 2020.

Selain itu, lagunya Stuck with U duet bersama Ariana Grande dan Yummy juga berjaya membawa pulang anugerah Top 5 Hit Antarabangsa Tahun 2020.


Pilihan Peminat K-Pop - BTS

Tiada yang dapat menandingi pesona kumpulan K-Pop, BTS kerana kumpulan K-Pop terbesar dunia ini berjaya membawa pulang lima anugerah.

Lagu mereka Life Goes On mendapat anugerah Lagu K-Pop Paling Popular hasil undian pengguna di Malaysia. Manakala lagu hit Dynamite pula dinobatkan sebagai Top 5 Hit K-Pop (Hujung Tahun 2020) dan Top 5 Hit K-Pop Tahun 2020.

Selain itu, lagu mereka ON dinobatkan sebagai Top 5 Hits K-Pop Tahun 2020, sementara lagu Who bersama Lauv juga memenangi Top 5 Hit Antarabangsa Tahun 2020.

JOOX turut berbangga kerana lagu Durja nyanyian Khai Bahar yang dimuatkan dalam projek bersiri JOOX Originals turut memenangi Top 5 Hit Lokal (Hujung Tahun 2020).

Sama seperti JOOX Malaysia Top Music Awards (Mid-Year 2020), pengguna JOOX di Malaysia dapat mengundi lagu dan artis kegemaran mereka.

Untuk pusingan kali ini, jumlah undian untuk lagu dan artis tempatan telah memecah rekod dengan berjumlah sekitar enam juta undian, menyaksikan peningkatan empat kali ganda (400%) berbanding dengan jumlah undian yang terkumpul di anugerah pertengahan tahun lalu, sekaligus membuktikan sokongan padu terhadap artis dan muzik tempatan.

Selain itu, terdapat sebuah lagi kejutan apabila penyanyi MandoPop, Ren Ran menjadi penyanyi berbangsa cina pertama yang mendapat tempat dalam anugerah Paling Popular dengan lagu Mandarin Fei Niao He Chan, hasil undian para peminat.


Post a Comment

0 Comments