Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Ice Town: Life On The Edge, cabaran manusia hidup di gunung salji



RTM dalam peranan membawa maklumat kepada rakyat di negara ini sentiasa menyiarkan program dokumentari yang ada tema tersendiri yang boleh digunakan sebagai asas dalam membawa maklumat kepada semua. Ianya penting dan sesuai untuk tambah mutu pengetahuan berkenaan isu tertentu. 

Terbaru, RTM mengisi slot World Watch di TV1 menyiarkan dokumentari bertajuk Ice Town: Life On The Edge, berkisar tentang cabaran manusia hidup di gunung salji mulai 13 Julai ini, setiap Isnin dan Selasa, pukul 12.05 tengah hari. 

Dalam 10 episod doku dihoskan oleh Stephen Mangan ini, penonton dijanjikan dengan perkongsian babak-babak menarik yang menghuraikan kehidupan kisah benar penduduk di pekan Longyearbyen yang berada di antara negara Norway dan Greenland.

Episod pengenalan Welcome to Svalbard menceritakan lebih daripada 3,000 beruang kutub (polar bear) yang bahaya hidup disini berbanding 2,000 orang penghuni tetap berada di utara pulau ini. Setiap keluarga mempunyai senapang untuk menjaga keluarganya daripada serangan beruang yang bahaya ini. 






Episod Life is Fragile
Kehidupan dan cabaran yang dihadapi oleh penduduk disini semasa musim sejuk selama tiga bulan mulai bulan November hingga Januari. Setiap keluarga dingatkan dengan berjaga-jaga semasa berlaku runtuhan salji (avalanche) yang kerap berlaku di kawasan gunung salji ini.

Episod Out of the Dark
Cabaran dan kesusahan yang dilalui oleh penduduk disini selepas runtuhan salji (avalanche) yang bahaya telah merosakkan kawasan perumahan, kehilangan nyawa dan kecederaan parah kepada penduduk yang berada dirumahnya.

Episod Into the Light
Tentang kegembiraan penduduk yang keluar beramai-ramai untuk meraikan ketibaan sinaran matahari di pulaunya. Disamping itu, banyak aktiviti luar seperti pertandingan anjing, sukan, perhimpunan dan lain-lain diadakan dengan penglibatan daripada penduduk tempatan.

Episod Good Tracks or Bad Tracks
Cabaran yang dilalui oleh sekumpulan pelancong apabila mengadakan lawatan ke pekan perlombongan Barensburg yang terletak 80 kilometer dari Svalbard. Seterusnya, hos menceritakan tentang sekumpulan ahli sains membuat pemantauan suasana ‘avalanche’ di Tellbren.

Episod On Thin Ice
Cabaran yang dihadapi oleh sepasang suami isteri apabila mereka mengadakan lawatan ke pekan perlombongan yang terletak 70 kilometer jauh dari rumahnya dengan suhu dibawah 22 selsius. Disamping itu, seorang tukang masak cuba wujudkan taman sayur di rumahnya.
Episod ‘Worlds Apart’ 

Tentang kerinduan beberapa orang yang tidak berjumpa dengan ahli keluarganya dinegara masing-masing. Disamping itu, hos menceritakan tentang kegembiraan seorang gadis apabila kakaknya melawat dia dari England dan dapat meluangkan masa yang berkualiti dengannya. Disamping itu, sepasang lelaki dan perempuan mengadakan lawatan ke stesyen radio yang terdapat di pulau salji itu.

Episod People Die Here 
Tentang pertandingan anjing yang terbesar diadakan setiap tahun di gunung salji ini. Disamping itu, hos menceritakan tentang Dr. Martin, seorang doktor perubatan yang sentiasa membantu penduduk disini jika perlukan perubatan semasa kecemasan. 

Seterusnya, sepasang suami isteri mengadakan lawatan ke gunung salji untuk menyaksikan pertandingan anjing dan memberi sokongan kepada pesertanya.

Episod An Uncertain Future

Menceritakan tentang seorang tukang masak yang telah membina ‘green house' pertama di pulau salji ini dan berjaya menghasilkan beberapa jenis sayur-sayuran yang dapat dijual kepada penduduknya. Disamping itu, hos menceritakan tentang sepasang suami isteri keluar ke laut untuk menangkap ikan dengan botnya. - 7KLIK


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments