PERKHIDMATAN video OTT terkemuka, VIU mengumumkan bakal menampilkan 10 episod musim kedua siri Endemol Shine Group The Bridge, yang dihasilkan dengan kerjasama HBO Asia Original, akan mula ditayangkan di Viu, HBO GO dan HBO di seluruh Asia pada 15 Jun.
Ia akan ditayangkan pada jam 9 malam waktu Singapura dan Malaysia, jam 8 malam di Indonesia Barat dan Thailand dan disiarkan secara langsung di semua pasaran. Satu episod baharu produksi akan ditayangkan setiap minggu.
Siri hebat yang telah memenangi anugerah ini kembali lagi dengan Rebecca Lim dari Singapura dan Bront Palarae dari Malaysia dengan watak yang sama. Dalam musim kedua ini, barisan pelakon bertambah meriah dengan kemunculan bakat-bakat dari Indonesia dan Filipina.
Ario Bayu dari Indonesia melakonkan watak sebagai pegawai penguatkuasa undang-undang yang mempunyai agenda tersembunyi. Melengkapkan lagi barisan pelakon serantau yang mengagumkan ini adalah Wan Hanafi Su, Fikri Ibrahim dan Chew Kin Wah dari Malaysia, Lukman Sardi, Amanda Manopo dan Miller Khan dari Indonesia, Adrian Pang dari Singapura dan Joseph Marco dari Filipina. Pengarah TJ Lee dan Jason Chom kembali lagi, bersama Zahir Omar.
Diadaptasi dari siri original Endemol Shine dan disuntik dengan elemen tempatan, kisah ini kembali semula selepas setahun siri musim pertama ditayangkan. Kapal layar yang didaftarkan di Singapura hanyut di persisiran negeri Johor dengan mayat sebuah keluarga warga Indonesia di atas kapal tersebut.
Hasil dari penyiasatan pembunuhan bersiri yang menyusuli kejadian ini, watak-watak dalam kisah ini terperangkap dalam pengkhianatan, tipu muslihat dan tragedi peribadi. Lebih gelap dan lebih rumit daripada musim sebelumnya, musim baru ini disulami dengan tema rasuah, dendam dan berlatar-belakangkan dunia gelap yang sinonim di rantau Asia.
Cik Sahana Kamath, Ketua Produksi Viu Original Indonesia dan Malaysia, berkata,
“Dengan rancangan ini, kami berbesar hati menampilkan bakat terbaik Asia kepada penonton kami di kesemua 16 pasaran. Penceritaan yang mendalam dan menarik di musim kedua ini kembali lagi dengan para pelakon yang mengagumkan dari seluruh Asia Tengara.
Ia merupakan produksi serantau yang sebenar dengan penceritaan yang lebih menarik dan kali ini lebih mendalami setiap watak dengan setiap aksi bergerak lancar ke tiga buah negara berbeza dalam kisah misteri ini. Kami percaya bahawa penonton kami akan menikmati musim kedua The Bridge yang lebih berani ini dan semestinya ianya bakal membuat penonton lebih beremosi ."
Cik Jessica Kam, Ketua HBO Asia Original Production, WarnerMedia Entertainment Network & Sales, Asia Tenggara, Pasifik dan China, berkata,
"WarnerMedia terus menyentuh penonton kami dengan menyusun semula kandungan asal dalam keadaan yang sememangnya luar biasa ini.
The Bridge musim kedua ini telah memperkenalkan dimensi Indonesia kepada adaptasi Singapura/Malaysia dan telah meningkatkan taraf dan nilai produksi dari siri sebelumnya, menjadikannya lebih besar dan baik. Kami menghargai kerjasama berterusan dengan Viu untuk menghasilkan program serantau yang berkualiti untuk peminat kami di Asia.”
Cik Rashimi Baipai, Direktor Eksekutif Asia, Endemol Shine International, berkata,
“ Kami gembira menyaksikan bagaimana The Bridge terus melangkaui bahasa dan budaya, menghiburkan penonton di seluruh dunia. Siri The Bridge Versi Asia ini telah menyatukan budaya, kreatif dan daya tarikan komersial dalam menyampaikan penceritaan dan menimbulkan reaksi bertenaga dari penonton secara menyeluruh.”
Musim kedua The Bridge akan mula ditayangkan di Viu di semua pasaran bermula Jun 15, bersama-sama dengan Rangkaian Saluran dan Perkhidmatan HBO Asia, termasuk HBO GO, HBO dan HBO ON DEMAND, di lebih 24 wilayah.
The Bridge pada asalnya dicipta dan ditulis oleh Hans Rosenfeldt sebagai produksi bersama Filmlance International Sweden, sebahagian daripada Endmol Shine Group dan Nimbus Film dari Denmark.
The Bridge (Bron/Broen) dihasilkan dalam produksi bersama dengan Sveriges Television, DR, ZDF German Television network, ZDF Enterprises Gmbh, Film i Skåne, NRK, Copenhagen Film Fund, Lumiere Group, Stiftelsen Ystad Österlen Filmfond, Nordvision dan kerjasama dengan Malmö Stad.
Ia telah disiarkan di lebih dari 188 wilayah/ Negara dan telah melahirkan penghasilan semula versi tempatandi U.K/ Perancis, Amerika Syarikat/ Mexico, Jerman/ Austria, Rusia/Estonia dan Serbia/Croatia. - 7KLIK
[KREDIT: Viu/HBO]
0 Comments