HARI ini maka bermula tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu yang berkuat kuasa pada 18 hingga 31 Mac ini berikutan penularan wabak Koronavirus (Covid-19) yang kini semakin serius bukan sahaja di Malaysia tetapi juga seluruh dunia.
Berikutan itu, semua acara hiburan seperti majlis anugerah, konsert, teater dan sebagainya telah dibatalkan atau ditangguhkan pada tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.
Malah Panggung-panggung wayang utama seperti GSC, TGV dan MBO juga telah ditutup operasinya buat sementara.
Jadi, kami di 7Klik memohon anda smeua untuk patuh kepada arahan yang dikeluarkan untuk kejahteraan bersama dan memastikan kita menang dalam menentang wabak berbahaya ini. - 7KLIK
0 Comments