Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ANUGERAH GURU INSPIRASI MCDONALD


ANUGERAH Guru Inspirasi (AGI) oleh McDonald’s Malaysia kembali lagi untuk tahun keempat berturut-turut dan membuka pencalonan dari seluruh negara mulai hari ini hingga 30 Mac, 2020. 

Rakyat Malaysia berpeluang berkongsi kisah-kisah guru yang menjadi inspirasi kepada mereka mahupun anak-anak dalam mencapai kejayaan, memenuhi potensi masing-masing dan meraih kejayaan yang di luar jangkaan. 

Menjelang sambutan Hari Guru Kebangsaan pada 16 Mei, 2020, AGI memberi rakyat Malaysia peluang untuk mencalonkan dan menghebahkan kehebatan guru mereka yang penuh berinspirasi kerana, telah melaksanakan tanggungjawab melangkaui bidang tugas mereka di dalam kelas. 

Anugerah ini akan diberikan kepada 25 orang guru paling berinspirasi dan setiap penerima anugerah akan meraih hadiah wang tunai bernilai RM5,000, trofi, kain selempang dan sijil penghargaan dalam majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena sambutan Hari Guru. 

Rakyat Malaysia yang mencalonkan guru tersebut juga akan menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200.

AGI yang diperkenalkan pada tahun 2017 telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan dengan lebih 11,500 pencalonan dan seramai 56 orang guru telah menerima anugerah ini. 

Anugerah ini merupakan inisiatif McDonald’s di bawah program #McDSayangCikgu demi menghargai dan meraikan warga pendidik yang mencetuskan inspirasi dan gigih berusaha melebihi tugas-tugas hakiki mereka  demi mendidik para pelajar. 

McDonald’s ingin meraikan wira-wira tidak didendang ini yang telah mendidik generasi pelajar secara akademik dan kreatif menerusi sikap penyayang dan keluhuran hati budi mereka.

“Anugerah Guru Inspirasi yang merupakan sebahagian daripada #McDSayangCikgu berkisar tentang usaha menghargai, meraikan, dan mengiktiraf segala usaha para guru kita. McDonald’s yakin bahawa guru memainkan peranan penting yang bukan semata-mata untuk pertumbuhan akademik anak-anak, malah untuk pertumbuhan peribadi mereka juga.  
Seorang guru yang mempunyai pengaruh positif ke atas pelajarnya berupaya untuk mencetuskan suatu tindak balas rantaian positif yang berlanjutan hingga ke luar kelas. McDonald’s Malaysia komited untuk memastikan bahawa para guru sedar bahawa mereka dihargai dan dapat terus memberikan inspirasi kepada lebih ramai lagi untuk melakukan sesuatu yang kecil tetapi memberikan makna dan pengertian yang besar,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia.


Tambah Melati lagi, 

“Selain itu, McDonald’s juga menzahirkan penghargaan kami terhadap para guru dengan memberikan hidangan percuma pada Hari Guru, menganjurkan seminar motivasi tahunan untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran yang baharu serta mengadakan jamuan Hari Guru di cawangan-cawangan kami. 
Kami menyeru para pelajar, ibu bapa, keluarga dan warga pendidik untuk meluangkan masa berkongsi kisah guru-guru mereka yang benar-benar berinspirasi.”


Calonkan guru kesayangan anda dalam tiga langkah mudah dan jadikan Hari Guru kali ini hari yang lebih bermakna buat mereka - 

Antara kriteria bagi pemilihan pemenang termasuklah usaha mereka meningkatkan pencapaian akademik pelajar, teknik pengajaran yang inovatif dan di luar kotak, dedikasi yang melebihi tugas-tugas hakiki dan penghasilan impak positif yang berkekalan ke atas pelajar.  

Menghulurkan bantuan kepada komuniti merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia. Selain meraikan para guru, McDonald’s juga sangat komited dalam usaha penglibatan komuniti dan menyumbang semula kepada masyarakat menerusi beberapa program yang berlangsung sepanjang tahun. 

Antara beberapa prakarsa yang dilaksanakan di seluruh negara termasuklah lawatan ke rumah orang tua ketika Tahun Baharu Cina, penajaan moreh yang diberikan kepada masjid-masjid setempat pada bulan Ramadan dan mengadakan pelbagai aktiviti keceriaan bagi kanak-kanak kurang bernasib baik pada bulan Oktober. McDonald’s juga menyokong Rumah Ronald McDonald (RRM), yang memberikan tumpuan pada asas-asas pendidikan, kesihatan dan kebajikan yang menyasarkan kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan.


[KREDIT: McDonald]

Post a Comment

0 Comments