Hot Posts

6/recent/ticker-posts

JOM TENGOK FAKTA SAINS DALAM KEHIDUPAN KITA


FAKTA sains dalam kehidupan ditonjolkan dalam 13 episod program diberi tajuk Sains Hebat mulai 19 Disember ini, setiap Rabu dan Khamis, pukul 2.30 petang di TV1 yang mengetengahkan gandingan hos Faris Isqandar dan Gya Natasya.

Dengan menemubual beberapa orang tokoh yang akan membincangkan tentang sesuatu fakta sains, penonton didedahkan secara terperinci dengan perkongsian tentang konsep warna, deria manusia, nama dan jangka hayat serangga, bunyi, cuaca, graviti, tumbuhan, kulat, pepejal, haba dan suhu, cahaya juga pencemaran alam.

Dalam episod pertama Faris dan Gya telah menerangkan tentang konsep warna terbahagi kepada tiga jenis, iaitu warna primer, sekunder dan tersier. Mereka juga menjelaskan tentang kesan warna kepada manusia. Misalnya, warna merah melambangkan kekuatan dan semangat, manakala warna biru membawa kesan ketenangan.

Ikuti penjelasan tentang deria manusia dengan menemubual Dr. Shima, pakar ENT (pendengaran, hidung dan tekak) melibatkan kepentingan ketiga-tiga deria ini dan cara penjagaannya. Selain itu kedua-dua hos menerangkan tentang deria bau dan bahagian-bahagian kulit manusia. Selain itu, beberapa orang kanak-kanak menjalankan uji kaji bau dan rasa, seperti manis, masin, masam dan bau wangi.

Mengujakan lawatan ke Taman Rama-rama Kuala Lumpur berkongsi fakta rama-rama dan beberapa serangga yang lain. Mereka berkongsi spesis rama-rama dan jangka hayat serangga tersebut. Lebah dikatakan sebagai sejenis serangga yang banyak membawa kebaikan kepada manusia. Manakala, lalat dan nyamuk merupakan serangga perosak dan membawa penyakit kepada manusia.




Seterusnya mereka ke Muzium Telekomunikasi Kuala Lumpur membincangkan tajuk 'bunyi'. Pegawai di pusat tersebut menerangkan pelbagai informasi tentang bunyi. Mereka juga menjelaskan tentang bunyi petir dan bunyi di angkasa lepas. Selain itu, dipaparkan tiga orang kanak-kanak melakukan eksperimen tentang bunyi dengan menggunakan gelas kaca, periuk besi dan gitar.

Menarik kunjungan mereka ke Pusat Metereologi Malaysia memperkatakan tajuk 'cuaca' bersama-sama seorang pegawai di pusat tersebut. Kepentingan ramalan kaji cuaca penting untuk kehidupan kita untuk merancang sesuatu aktiviti berdasarkan keadaan cuaca. 

Terdapat banyak jenis awan yang boleh memudaratkan penerbangan sesebuah pesawat. Sebagai contoh, awan jenis kumolonimbus merupakan awan yang sangat tebal yang mungkin akan mengganggu penerbangan pesawat udara.

Fariz dan Gya seterusnya ke Pusat Sains Negara membincangkan tajuk 'graviti'. Graviti merupakan fenomena alam yang dijadikan kajian oleh manusia sejak dahulu hingga sekarang. Menurut kajian Sains, daya tarikan bumi tidak sama dengan daya tarikan di bulan dan daya tarikan atau daya graviti di bulan adalah satu perenam daripada daya graviti bumi. Maka, sebab itulah angkasawan akan terapung-apung di permukaan bulan.

Berada di lokasi Pusat Botani Negara, mereka mengutarakan topik tumbuhan dibahagikan kepada tumbuhan berbunga dan tumbuhan tidak berbunga juga tentang 'fotosentisis', iaitu satu proses tumbuhan membuat makanan menggunakan zat klorofil, air, mineral, dan cahaya matahari. Mereka juga membincangkan tentang kepentingan tumbuhan kepada fauna, manusia dan alam. 

Episod lapan pula menjelaskan tentang 'kulat’, organisma dalam alam ini yang hidup. Tiga orang kanak-kanak telah menjalankan eksperimen tentang kulat dengan menggunakan beberapa keping roti. Mereka berjaya membuktikan bahawa kulat itu tumbuh pada roti yang dibiarkan beberapa hari.

Perkongsian di Planetarium Negara, Kuala Lumpur memberi penjelasan tentang cakerawala. Mereka juga menjelaskan kepada penonton bahawa "bulan' adalah sebuah satelit semula jadi yang kelima terbesar dalam sistem suria. Selain itu, mereka menjelaskan tentang bumi. 

Bumi adalah planet yang mengelilingi matahari, manakala bulan pula sebuah planet yang mengelilingi bumi. Kejadian peredaran planet-planet inilah yang menhasilkan waktu siang dan malam. Beberapa orang kanak-kanak juga menjalankan satu eksperimen tentang kejadian gerhana bulan dan gerhana matahari.

Ada juga episod mengetengahkan tajuk tentang 'pepejal', yang boleh bertukar menjadi cecair dan daripada cecair boleh berubah menjadi gas. Contohnya ialah air batu. Selain itu beberapa orang kanak-kanak membuat beberapa eksperimen untuk mencari dan mengira isipadu pepejal yang berukuran tepat dari segi ukuran panjang, lebar dan tinggi dan mencari isipadu pepejal yang tidak mempunyai bentuk sekata, seperti batu dan kayu.

Kedua-dua hos juga memperjelaskan tajuk  tentang 'haba' dan 'suhu', 'Cahaya' dan akhir sekali berkaitan 'pencemaran alam' yang menyenaraikan akibat buruk yang dialami oleh tumbuhan, haiwan dan manusia disebabkan pencemaran alam ini. Hos mengajak penonton bersama-sama mempunyai kesedaran yang tinggi tentang kepentingan menjaga alam ini daripada pencemaran supaya kehidupan dapat diteruskan.



SAINS HEBAT
Bahasa: Melayu
Episod: 13        
Hari: Setiap Rabu & Khamis 
Masa: 2.30 Petang 
Saluran: TV1
Terbitan: RTM     
Pengacara: Faris Isqandar dan Gya Natasya


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments