KEHANGATAN pentas Sunday Night Live (SNL) bakal diteruskan lagi dengan seorang legenda rock tanah air yang akan membuat come back sebagai pembuka tirai untuk tahun 2020 pada 5 Januari jam 10.30 malam di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur yang akan menggegarkan para pengunjung dan peminat-peminat Rock yang telah lama menunggu kemunculan beliau yang kini bergerak secara solo.
Sunday Night Live edisi ke tiga bersama Mus ini adalah selepas persembahan dari kumpulan Wings dan Lefthanded yang berjaya mencuri hati peminat tanahair.
Mus atau nama sebenar Mustaffa Din yang kini bergerak secara solo menjanjikan persembahan yang terbaik dimana akan meninggalkan kesan yang mendalam di hati para peminat. Penyanyi yang bersuara latang itu kini bersedia untuk menghiburkan peminat dengan lagu-lagu hitsnya.
Antaranya ialah Kerna Kau, Strategi, Sinar, Sendiri, Blues Ular Sawa, Enigma, Biru Mata Hitamku, Satu Pengertian, Selagi Kau Disisi, Hatiku Kekal Padamu, Stairway To Heaven, Boheimian Rapsody, Sri Kandi Cintaku dan juga single terbaru yang bertajuk Mencari Kaseh .
Mus berkata;
“Untuk persembahan saya di Sunday Night Live di HRC pada 5 Januari 2020 nanti dengan tajuk persembahan 'Mus Journey ini saya ingin memastikam para peminat akan mendapat pengalaman yang berharga setelah sekian lama tidak membuat persembahan secara ‘live’.
"Ianya adalah berkisarkan tentang diri saya sepanjang 34 tahun berada di dalam dunia industri muzik daripada tahun 1986 sehingga kini.
"Dalam persembahan itu nanti saya akan menyanyikan antara lagu-lagu yang pernah saya nyanyikan dalam album sebelum ini iaitu lagu-lagu ketika saya bersama kumpulan May, Wings, Strangers, ketika saya berada bersama projek semangat zaman, solo album dan juga lagu-lagu cover inggeris yang pernah menjadi inspirasi saya untuk saya berada di dalam industri muzik rock.
"Pada persembahan kurang 1 jam 30 minit itu saya akan sampaikan dalam 14 buah lagu. Selain daripada menyanyi, saya juga akan menceritakan apa yang berlaku sepanjang perjalanan karier saya di dalam industri muzik rock,” katanya.
Sunday Night Live Mus Journey ini akan diiringi oleh pemuzik-pemuzik seperti Alfa Booty sebagai gitaris, Rumie Booty sebagai drummers, Fairus Majestric sebagai pemain bass, Loko Majestric sebagai pemain keyboard dan juga pemain gitar daripada Majistret, Baby.
Tiket boleh didapati di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur dengan harga RM80.00 (termasuk satu minuman ringan). Seperti kumpulan yang beraksi sebelum ini, Mus juga akan membuka kaunter khas yang akan disediakan dilokasi dimana peminat boleh mendapatkan barang cenderahati esklusif dari Mus.
Sunday Night Live adalah platform bagi artis-artis popular dan juga artis baru untuk mengetengahkan bakat mereka dan memberi peluang kepada peminat untuk berhibur dengan persembahan dari artis kegemaran mereka secara dekat dan live!
Inisiatif ini merupakan komitment Hard Rock cafe Kuala Lumpur untuk terus menyokong kehadiran muzik tanahair.
0 Comments