Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KARNIVAL JOM HEBOH SABAH BANJIR DENGAN SETENGAH JUTA ORANG PENGUNJUNG!


SETELAH enam tahun tidak berkunjung ke Sabah, Karnival Jom Heboh (KJH) di Dataran Kompleks Sukan, Kota Kinabalu pada 7 & 8 September lalu telah dibanjiri dengan kehadiran setengah juta orang pengunjung!

Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPTN), 

“Warga Sabah tidak pernah mengecewakan kami. Kehadiran 500,000 warga Sabah selama dua hari sepanjang karnival ini berlangsung membuktikan acara padang terbesar ini amat dinanti-nantikan. 
Perkarangan Kompleks Sukan Kota Kinabalu sudah dipenuhi oleh para pengunjung seawal jam 9.00 pagi. 
Orang ramai juga sudah mula membanjiri pentas utama seawal jam 5.00 petang untuk menyaksikan persembahan para penyanyi seperti Misha Omar, Hael Hussaini, kumpulan Slam dan ramai lagi yang membuat persembahan pada sebelah malam. 
Walaupun pada hari kedua, hujan turun dengan lebat di sebelah petang namun orang ramai tidak berganjak daripada pentas utama. Ada yang datang jauh dari Sandakan, Tawau dan juga Brunei untuk sama-sama merasai kemeriahan di KJH. 
Kami amat terharu dengan penerimaan warga Sabah. Jutaan terima kasih kami ucapkan buat kesemua warga Sabah yang telah mengunjungi KJH Sabah. Sokongan anda amat kami hargai!”.



Sudah pasti tarikan terbaharu di KJH edisi 2019 ini iaitu Jom Menang Kereta yang menawarkan sebuah kereta Nissan Serena 2.0L Highway Star turut mendapat sambutan hangat oleh para pengunjung dengan beribu-ribu penyertaan. 

Selain itu, sudah pasti yang menjadi tarikan utama adalah Studio A dan Studio B yang menghimpunkan pelbagai aktiviti. 

Para pengunjung yang hadir tidak ketinggalan untuk turut serta dalam aktiviti bersama barisan artis iaitu Bella Dally, Nafiz Muaz, Megat Mentor, Wani Kayrie, Afieq Shazwan dan Alyssa ICSYV  seperti Tiru Gaya Saya, Lip Sync Battle, Karaoke Boom! di Studio A yang dihoskan oleh Acap dan Zee Tokan.

Di  Studio B yang dihoskan oleh Harris Alif dan Shah Sulaiman, pengunjung teruja dengan pelbagai aktiviti yang disediakan khas untuk anak-anak kecil seperti aktiviti DIY, permainan kanak-kanak, sesi bergambar di B! Insta, persembahan penjagaan gigi serta sesi ramah mesra dan peluang bergambar bersama maskot  Ejen Ali, Boboiboy dan juga Alif & Sofia. 




Pentas Hot FM Nite Jam yang dihoskan oleh Shuk GPH, Shuib GPH, Fizie GPH dan juga Sarancak  telah menggegarkan pentas utama KJH dengan persembahan penyanyi hebat Misha Omar, Hael Husaini, Drama Band, Amir Masdi dan juga Neon. 

Pada malam Ahad, Konsert Jom Heboh tidak kurang hebatnya apabila orang ramai dihiburkan pula dengan persembahan Kumpulan Slam, Zizi Kirana, Atmosfera Band, Velvet, Qody Rani dan Qalisya Mentor. 

Para pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan ‘busking’ oleh anak tempatan seperti Lentaratari, Markaz 69, Chugs On Deck dan Bolos Ru Bulur. Untuk info terkini mengenai Karnival Jom Heboh jangan lupa layari laman sesawang www.xtra.com.my/jombeboh dan juga laman sosial @TV3Malaysia. 


[KREDIT: TV3/MediaPrima]

Post a Comment

0 Comments