Hot Posts

6/recent/ticker-posts

JALAN FIRDAUSI, KONSERT KHAS AIDILADHA RTM


HIBURAN khas bakal menemui penonton RTM meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha yang diraikan seluruh umat Islam pada 11 Ogos ini. 

Mengangkat tajuk Jalan Firdausi, konsert diterbitkan oleh Unit Hiburan TV RTM ini disiarkan pada 11 Ogos ini, pukul 10.00 malam di TV1.  

Konsert yang telah pun dirakamkan pada 20 Julai lalu bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur ini menampilkan ramai barisan artis popular seperti Wany Hasrita, Siti Nordiana, Khai Bahar, Hafiz Hamidun, In-team, Oja, Sharifah Khasif dan Raqib Majid.

Konsert ini turut mengundang penmpilan khas oleh Datin Fouziah Gaos dan suami, Dato' Md Zhafran Md Yusof serta Adam Corrie.



Menampilkan Anas Tahir sebagai pengacara, persembahan dimantapkan dengan kemunculan Qasidah Ahbabul Musthofa dan Kumpulan Madrasah Tahfiz Quran Al Muttaqin yang menyampaikan qasidah mengenai haji. 

Antara lagu yang bakal menghiburkan penonton termasuklah Labaikallah, Kasih Padamu, Doa, Kumohon, Penyucian Jiwa, Padamu Kubersujud, Penyelamat, Rapuh, Cahaya 114, Az Ziarah, Deen Assalam, Selawat Solatullah Salamullah, diakhiri dengan semua artis terlibat berada di pentas menyanyikan lagu Segala Puji Syukur nyanyian asal Kumpulan Ungu.

Istimewanya urut diselitkan perkongsian Alif Satar dan Raihan kisah pengalaman mereka menjadi tetamu Allah ketika mengerjakan Haji. Ada juga klip CSR Qurban dilakukan penduduk di KM8 Bukit Katil, Melaka yang meluang waktu untuk menjayakan rakaman program Jalan Firdausi ini.




KONSERT JALAN FIRDAUSI
Tarikh Siaran: 11 Ogos 2019
Hari: Ahad 
Masa: 10 Malam 
Saluran: TV1  
Terbitan: RTM      
Artis: Wany Hasrita, Siti Nordiana, Khai Bahar, Hafiz Hamidun, In-team, Oja, Sharifah Khasif dan Raqib Majid.


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments