RTM sentiasa menjanjikan tayangan program terbaik termasuklah filem-filem antarabangsa mengisi slot disediakan kepada semua penonton setia salurannya. Tidak terkecuali slot Bollywood yang menayangkan filem-filem terbaik Hindustan di TV2 pada 7 Ogos ini, pukul 9.30 malam menyiarkan filem Dangal.
Filem diangkat berdasarkan kisah seorang ahli gusti India ini menjadi filem yang mendapat kutipan tertinggi di India pada tahun 2016. Apatahlagi realitinya perjalanan kisah keluarga Mahavir Singh Phogat ini diinspirasikan dari kisah benar. Kini kedua anaknya memang telah berjaya sepenuhnya di sukan komanwel malah sukan-sukan akan datang.
Filem menarik yang menampilkan lakonan mantap Aamir Khan, Sakhsi Tanwar, Fatima Sana Shaik, Sanya Malhotra, Zaira Wasim dan Suhani Bhatnagar ini juga pastinya memberi inspirasi kepada penonton yang menontonnya.
Premis cerita filem arahan Nitesh Tiwari ini mengisahkan cerita dari sebuah keluarga yang kecil malah sebelum ini tidak pernah ahli gusti perempuan beraksi di India. Mahavir telah mengubah persepsi segala budaya wanita India yang dulunya hanya duduk di rumah dan di dapur.
Penuh dengan pengajaran, isu keluarga dan semangat juang yang tinggi, ikuti perjalanan kisah watak utama Mahavir Singh Phogat (Aamir Khan) adalah bekas ahli gusti yang pernah menang pingat perak.
Beliau telah berjanji dan nekad untuk dapatkan pingat emas dengan melatih gusti kepada anak lelaki. Sayang, anak lelaki yang diharapkan tak menjadi kenyataan apabila isteri beliau melahirkan empat orang anak perempuan.
Apa yang telah terjadi selepas itu? Rupa-rupanya anak perempuan Mahavir mempunyai bakat dalam arena gusti apabila anak perempuan menyerang dan memukul anak jiran. Terus semangat Mahavir membara lalu terus memberi latihan gusti kepada anak perempuan, Geeta dan Babita.
Pada awal pembabitan Geeta dan Babita mendapat bantahan dan tohmahan daripada masyarakat tetapi Mahavir membuktikan bahawa pendapat mereka adalah tidak benar. Atas usaha Mahavir yang gigih, Geeta dan Babita telah berjaya mewakili India dalam arena gusti ke peringkat antarabangsa.
Luangkan masa menyaksikan filem yang mengangkat penyertaan golongan wanita dalm bidang sukan ke peringkat antarabangsa ini di TV2.
DANGAL
BAHASA: Hindi
TARIKH SIARAN: 7 Ogos 2019
HARI: Rabu
MASA: 9.30 Malam
SALURAN: TV2
ARAHAN: Nitesh Tiwari
PELAKON: Aamir Khan, Sakhsi Tanwar, Fatima Sana Shaik, Sanya Malhotra, Zaira Wasim
[KREDIT: RTM]
0 Comments