Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TEATER TRADISIONAL RANDAI SI JUNDAI 2019



RANDAI asalnya merupakan permainan tradisional yang dimainkan secara berkelompok dengan membentuk lingkaran, kemudian melangkahkan kaki secara perlahan, sambil menyampaikan cerita dalam bentuk nyanyian secara berganti-gantian.

Randai menggabungkan unsur adab dan adat melalui garapan seni lagu, muzik, tari, drama dan silat menjadi membentuk satu elemen teaterikal yang kompleks.

Randai dipimpian oleh seorang ketua yang biasa disebut Tukang Toreh, yang mana selain ikut serta bergerak dalam lingkaran legaran, ia juga memiliki tugas yang sangat penting iaitu mengeluarkan teriakan khas seperti 'Hep Tah Tih' untuk menentukan cepat atau lambatnya tempo gerakan dalam tiap gerakan. Manakala semua gerakan Randai yang ditarikan oleh anak Randai dikawal oleh soerang yang berperanan sebagai Janang.

Randai yang asli secara keseluruhannya mempunyai durasi  satu hingga lima jam. Namun untuk persembahan Randai Si Jundai yang dibawakan oleh Kumpulan Randai Pusat Kebudayaan Universiti Malaya dipentaskan selama satu setengah jam agar penonton dapat menghayati mesej, estetika dan seni tradisi Randai secara total sambil berhibur walaupun di zaman serba moden ini.

Pementasan teater tradisional Randai Si Jundai anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) ini telah berlangsung pada 5 dan 6 Julai lalu di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat pelancongan Malaysia (MaTic), Jalan Ampang Kuala Lumpur. - 7KLIK 

Post a Comment

0 Comments