Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Neo Disiden, tampil gandingan pelakon hebat


FAKULTI Teater ASWARA dengan kerjasama 4 Element Resources bakal mementaskan sebuah teater Neo Disiden, sebuah naskah tulisan Siti Jasmina Ibrahim, graduan Fakulti Penulisan Aswara.

Teater yang diinspirasikan daripada naskhah agung William Shakepeare, Julius Caesar dan Tragedi Brutus, dan diadaptasikan ke sebuah dunia yang memperlihatkan kebangkitan sebuah generasi dalam perjuangan mereka.

Neo Disiden membawa makna penentangan baru merujuk kepada sebuah kelompok yang berpegang pada tradisi sebuah organisasi dari ancaman monarki dan diktator yang melanggar norma yang selalu diamalkan oleh mereka yang ada dalam organisasi.

Ianya digambarkan menerusi kehidupan sisi gelap organisasi mafia yang boleh berlaku di mana-mana.

Pementasan Neo Desiden adalah cetusan idea dari lahirnya pementasan teater Gedebe yang pernah diarahkan oleh Nam Ron dan dipentaskan pada tahun 2001 di Panggung Eksperimen ASWARA.

Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke 29, Pengarah Terbaik FFM ke 30, Pengarah Terbaik Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) ini bertindak sebagai Pengarah Artistik.

Bagaimanapun pementasan kali ini diberi intrepretasi baru, sebuah dunia baru digambarkan menerusi sisi gelap pergerakan mafia berkonsepkan ‘noir’, kegelapan, kepincangan dan kepura-puraan.

Ianya dianggap bersesuaian konsep yang dibawa berbeza dengan konsep skinhead dan punk yang ditampilkan dahulu.

Teater yang diarahkan oleh Khairunzawan Rodzy dan dibantu Naque Ariffin ini menggabungkan kembali Alumni Aswara yang juga merupakan graduan teater yang telah pun mencipta nama dalam industri seni.

Antaranya Nam Ron, Amerul Effendi, Rosdeen Suboh, Taiyuddin Bakar, Along Eyzendy, Mustakim Mohamad, Ahmad KuShahril, Kirin Muhamad dan pelajar-pelajar Aswara.

Neo Desiden akan dipentaskan pada 19 Julai hingga 21 Julai 2019, jam 8.30 malam dan 3 petang di Pangggung Eksperimen, Aswara.

Tiket boleh didapati dengan harga RM55 dan RM40 serta RM25 (pelajar). (Untuk pembelian, boleh hubungi Ika Ratna (011-33951494) dan Eijat Ashari (019-6273326).


SINOPSIS NEO DISIDEN

Neo Disiden bergerak daripada perspektif Brutus, suatu gambaran penentangan keberanian membina suara baharu yang memperjuangakan nasib rakyat terhadap pemerintahan Caesar yang dianggapnya sebagai pemerintah yang lupa pada kewajipan sebagai pemerintah.

Daripada perancangan, konspirasi suatu disiden yang baharu diangkat. Dan kematian kuasa pemerintah itu, menjadi petanda keruntuhan sebuah makna mutlak dalam diri manusia.

Neo Disiden memperlihatkan pertembungan konflik dirim nilai persahabatan dan kesetiaan, penentangan, persengketaan dan perbezaan ideologi antara Brutus, Cassius dan Antonius yang cuba mencari erti sebuah perjuangan dan kebenaran. - 7KLIK 

Post a Comment

0 Comments