Hot Posts

6/recent/ticker-posts

HELLO GOODBYE, SISI CINTA BERBEZA


MENGISI slot Layar Asia  di TV2, RTM menjanjikan tayangan filem bertajuk Hello Goodbye, sebuah filem Indonesia yang berlatarkan keindahan negara Korea Selatan disiarkan pada 1 Jun ini, pukul 10.30 malam. 

Menampilkan gandingan mantap pelakon Sapto Soetarjo, Khiba Iskak, Atiqah Hasiholan, Rio Dewanto, Kenes Andari dan Verdi Solaiman, ia berlegar kisah takdir memutuskan untuk mempertemukan Indah (Atiqah Hasiholan) dengan Abi (Rio Dewanto). Mereka berdua memiliki personaliti dan keperibadian yang berbeza antara satu sama lain. 

Indah adalah warga Indonesia yang sedang bekerja di Konsul Kedutaan Besar Republik Indonesia (KKBRI) di Busan, Korea Selatan. Dia kemudian bertemu dengan Abi, seorang pelaut yang terkena serangan jantung dan harus dirawat juga di Korea Selatan. Kemudian KKBRI mengarahkan Indah untuk bertanggung jawab atas segala keperluan Abi selama dirawat di hospital negara tersebut.

Ternyata bukan perkara mudah bagi Indah untuk menanggung tanggung jawab tersebut. Ini kerana dia harus cuba untuk mementingkan keperluan orang lain terlebih dahulu berbanding kepentingan diri sendiri. 

Namun kerana tidak ingin mengecewakan orang yang telah memberinya tanggungjawab maka Indah sebaik mungkin untuk melakukan pekerjaan tersebut dengan sebaik-baiknya.

Selain itu Indah juga berdepan dengan kesukaran dan kesulitan lain juga dihadapi Indah ketika dia cuba berdepan dengan pelbagai sifat Abi yang tidak pernah difahaminya. Hal yang sama juga terjadi kepada Abi. Dia secara tiba-tiba harus menerima kehadiran seorang asing bernama Indah yang kemudian malah membantu merawatnya. 

Ketika itu mereka mendapati segala sifat mereka yang berbeza kemudian terpaksa saling berbenturan karena waktu dan keadaan yang terus mempertemukan mereka. Abi menyedari bahawa Indah memiliki personaliti yang sangat bercita-cita tinggi. 

Tujuan sebenar ingin direalisasikan Indah dalam hidupnya membuatnya menjalani harinya dengan penuh semangat namun di sisi lain ia juga sampai melupakan apa yang harusnya ia syukuri hari ini. Indah adalah sosok yang selalu mendamba sebuah tujuan.

Sedangkan Indah sendiri juga masih belum memahami karakter Abi. Abi yang juga seorang pelaut, terbiasa dengan hidupnya yang bebas dan tidak pernah mampu menetap di satu tempat. Selain itu, Abi juga tidak pernah memiliki tujuan dalam hidupnya. 

Perjalanan hidup bagi Abi adalah sesuatu yang lebih penting berbanding tujuan hidup. Ini kerana tujuan abi dalam hidupnya adalah perjalanan untuk mencapai tujuan itu sendiri.

Dua peribadi yang berbeza tersebut akhirnya saling bertaut hati ketika waktu terus mempertemukan mereka. Namun seperti kebiasaannya setiap pertemuan pasti mereka juga tidak mampu untuk menghindari sebuah perpisahan. Sesuatu yang hanya dapat mereka raikan dengan ucapan “selamat tinggal”.



HELLO GOODBYE
Bahasa: Indonesia
Tarikh Siaran: 1 June 2019
Hari: Sabtu 
Masa: 10.30 Malam 
Saluran: TV2    
Pelakon: Sapto Soetarjo, Khiba Iskak, Atiqah Hasiholan, Rio Dewanto, Kenes Andari dan Verdi Solaiman


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments